Tag: Datuk Ahmad Yahaya
-
Mereka lebih berminat jatuhkan Sanusi
PESURUHJAYA Pas Kedah, Datuk Ahmad Yahaya menyifatkan pihak tertentu lebih berminat untuk menjatuhkan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berbanding berbahas isu sejarah yang dipertahankannya. Pada masa sama, Ahmad mengakui memang terdapat usaha untuk membunuh karakter Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) itu menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.…
-
Kerajaan PH-BN undur negara ke politik lapuk
LANGKAH kerajaan persekutuan membelakangi pemimpin kerajaan negeri yang berbeza parti politik dianggap bertentangan dengan semangat federalisme. Menurut Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Ahmad Yahaya, amalan sedemikian dianggap tempang, lebih-lebih lagi kerajaan sekarang mahu dikenali sebagai Malaysia Madani. Ahmad yang juga Ketua Dewan Ulama Pas Pusat berkata, tindakan seumpama itu jelas mengundurkan negara ke belakang dan bertentangan…
-
Jangan nyalakan api Islamofobia dalam negara
Oleh DATUK AHMAD YAHAYA SAYA ingin mengingatkan pihak tertentu agar tidak berterusan menyalakan api Islamofobia dengan tuduhan yang melulu terhadap mereka yang memperjuangkan agama. Gesaan seorang pemimpin utama PKR menyerang golongan yang berpolitik berpandukan agama ibarat menentang seruan yang dianjurkan di dalam al-Quran sendiri. Sayugia diingatkan bahawa Islam adalah agama bernegara dan politik adalah jalan…
-
Dewan Ulama PAS seru kerajaan pusat contohi Kedah tamatkan operasi judi
DEWAN Ulama PAS menyeru kerajaan persekutuan mengikuti langkah kerajaan Kedah yang tidak memperbaharui lesen judi, menjadikan tiada lagi premis perjudian dan loteri beroperasi di negeri itu bermula tahun ini. Ketuanya Datuk Ahmad Yahaya berkata tidak cukup bagi kerajaan persekutuan sekadar menurunkan cabutan khas nombor ramalan daripada 22 kali kepada lapan kali setahun. “Dewan Ulama PAS…
-
PAS Kedah syor 5 garis panduan dasar keselamatan makanan
PAS Kedah mencadangkan lima garis panduan keselamatan makanan sebagai keutamaan kepada kerajaan sebelum menghapuskan monopoli industri padi dan beras negara. Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Ahmad Yahaya, berkata lima teras utama cadangan itu termasuk mengupayakan dasar agromakanan negara, menyokong usaha kerajaan Kedah dalam usaha penanaman padi lima kali dalam tempoh dua tahun, memerangi kartel padi, mencontohi…
-
Calon PN menang besar di Pokok Sena
SETELAH empat penggal menyandang kerusi Parlimen Pokok Sena, Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Mahfuz Omar akhirnya tersungkur di tangan calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Ahmad Yahaya pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Ahmad yang juga Pesuruhjaya Pas Kedah dan Ketua Dewan Ulama Pas Pusat memperoleh 52,275 undi dengan majoriti 31,751 sekali gus menewaskan Pengerusi…
-
PRU-15: Pas yakin tawan Pokok Sena
PAS Kedah yakin dapat mengembalikan Parlimen Pokok Sena kepada parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) selepas gelombang sokongan terhadap Pakatan Harapan (PH) dilihat semakin mengecil. Pesuruhjaya Pas Kedah yang juga calon Perikatan Nasional (PN) bagi kerusi itu, Datuk Ahmad Yahaya berkata, keyakinan itu disandarkan menerusi data hasil kajian di lapangan yang dilakukan oleh…