Tag: Covid-19
-
28 juta dos vaksin diberikan setakat semalam
SEBANYAK 28,837,742 dos vaksin COVID-19 diberikan setakat semalam menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK). Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) menerusi perkongsian infografik di Twitter, memaklumkan jumlah yang menerima dos pertama ialah 17,437,286 orang manakala 11,400,456 orang bagi dos kedua. Menurut JKJAV, 53.4 peratus daripada jumlah populasi negara mendapat dos pertama manakala 34.9…
-
Kemasukan pesakit Covid-19 ke HTAR turun 50 peratus
JUMLAH kemasukan harian pesakit Covid-19 untuk menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang berkurangan lebih 50 peratus sejak seminggu lepas. Pengarah HTAR, Dr Zulkarnain Mohd Rawi berkata, sebelum ini pihaknya menerima kira-kira 400 kes harian bagi pesakit Covid-19 untuk menerima rawatan, namun jumlahnya menurun kepada sekitar 170 pesakit sejak kebelakangan ini. Pesakit Covid-19…
-
Malaysia capai status menua lebih awal jika pandemik Covid-19 berpanjangan
MALAYSIA akan mencapai status negara menua lebih awal daripada jangkaan sekiranya situasi pandemik COVID-19 berterusan untuk tempoh yang panjang susulan trend penurunan bilangan kelahiran yang dicatatkan negara. Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Abdul Shukur Abdullah berkata, berdasarkan unjuran Jabatan Perangkaan Malaysia, Malaysia dijangka mencapai status negara menua pada 2030 apabila 15…
-
Status MotoGP Malaysia diumum hujung bulan
STATUS penganjuran perlumbaan Grand Prix Motosikal Dunia (MotoGP) Malaysia 2021 yang dijadual di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dari 22 hingga 24 Oktober depan, akan diumumkan akhir bulan ini. Ketua Pegawai Eksekutif SIC Azhan Shafriman Hanif berkata, pihaknya mengambil maklum situasi terkini pandemik COVID-19 dan masih mengadakan perbincangan bersama Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara…
-
Bomba Terengganu bantu kebumi 151 jenazah mangsa Covid-19
Oleh Mohd Lazim Endut TUGAS anggota bomba bukan tertumpu kepada kerja-kerja menyelamat dan memadam kebakaran sahaja, sebaliknya turut melangkaui bidang lain termasuk membantu dari segi urusan pengebumian jenazah mangsa Covid-19. Inilah yang dilalui oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Terengganu yang turut memberikan perkhidmatan dalam urusan tersebut. Menurut Pengarah JBPM Terengganu, Md. Hilman Abd.…
-
Anak sulung Allahyarham Harussani meninggal dunia kerana Covid-19
ANAK sulung bekas Mufti Perak, Allahyarham Tan Sri Dr Harussani Zakaria, A Abdul Hakim Mazhar meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh, Perak pada 3.30 pagi tadi akibat Covid-19. Perkara itu disahkan adik bongsu Allahyarham, Datuk Ahmad Wafi, 44. Menurut Ahmad Wafi, abangnya mempunyai masalah kesihatan dan keadaan semakin merosot sejak disahkan positif…
-
69 peratus pilih untuk bekerja dari rumah: kajian
LEBIH 70 peratus responden di Malaysia merasakan tidak selamat berada di tempat kerja, dengan 69 peratus daripadanya memilih untuk bekerja di rumah, sehinggalah keadaan benar-benar pulih daripada ancaman wabak Covid-19. Kaji selidik oleh sebuah agensi agensi penyelesaian sumber manusia terkemuka dunia, Randstad mendapati responden hanya akan berasa lebih selamat jika rakan sekerja sudah menerima suntikan…
-
3.8 juta kes Covid-19 di Indonesia, kini paling teruk di Asia Tenggara
Susunan Abu Ubaidillah Rahman INDONESIA menjadi negara di Asia Tenggara paling teruk mencatatkan kes Covid-19 yang kini keseluruhan berjumlah 3,854,354 jangkitan. Kementerian Kesihatan Indonesia melaporkan, jangkitan harian Covid-19 di negara itu meningkat kepada 20,813 kes. Kadar kematian akibat coronavirus pula meningkat sehingga 1,222 kes, mencapai jumlah kumulatif 117,588 mangsa terkorban setakat ini. Selain itu, dalam…
-
Peniaga kecil perlukan sokongan modal
GOLONGAN peniaga, terutama penjaga dan peniaga kecil berharap kerajaan dapat memberikan bantuan terutama sokongan modal untuk kembali memulakan perniagaan mereka yang terjejas terus akibat pandemik Covid-19. Mereka menyambut baik keputusan kerajaan membuka semula 11 sektor ekonomi sebagai usaha pemulihan ekonomi tetapi, pada masa sama mahu kerajaan meneliti kesukaran rakyat untuk kembali mencari rezeki. Setiausaha Agung…
-
20,546 kes baharu Covid-19 hari ini
KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) melaporkan 20,546 kes baharu Covid-19 hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan meningkat kepada 1,404,899 kes setakat ini. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor terus mencatatkan jumlah jangkitan harian tertinggi dengan 7,307 kes. Ia diikuti oleh Sabah (1,665), Kedah (1,596), Johor (1,508), Kuala Lumpur (1,442), Pulau Pinang (1,111), Perak (1,069),…