Anak sulung Allahyarham Harussani meninggal dunia kerana Covid-19

0
296

ANAK sulung bekas Mufti Perak, Allahyarham Tan Sri Dr Harussani Zakaria, A Abdul Hakim Mazhar meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh, Perak pada 3.30 pagi tadi akibat Covid-19.

Perkara itu disahkan adik bongsu Allahyarham, Datuk Ahmad Wafi, 44.

Menurut Ahmad Wafi, abangnya mempunyai masalah kesihatan dan keadaan semakin merosot sejak disahkan positif Covid-19 sebelum disahkan meninggal dunia pagi tadi.

Ahmad Wafi berkata, jenazah akan dikebumikan di tanah perkuburan yang sama dengan ayah mereka, di Tanah Perkuburan Islam Kampung Rapat, Perak.

Allahyarham meninggalkan empat orang anak, masing-masing dua lelaki dan dua perempuan berusia antara 19 hingga 28 tahun.

Pada 30 Mei lalu, Harussani, 82, meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di hospital yang sama, akibat jangkitan Covid-19 dan penyakit yang sama turut menjangkiti isteri Allahyarham, Puan Seri Ainon Abdul Ghani.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here