Tag: Chow Kon Yeow
-
Gerakan minta Pulau Pinang contohi negeri PN, peruntukan dana sama rata
GERAKAN menggesa kerajaan Pulau Pinang mengikut langkah Perikatan Nasional (PN) memberi peruntukan sama rata kepada semua wakil rakyat termasuk Adun pembangkang di negeri yang dikuasai mereka. Parti itu berkata keputusan kerajaan negeri tidak memberi peruntukan sama rata kepada wakil rakyat menggambarkan sikap yang berat sebelah. “Keputusan itu menunjukkan Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow…
-
Guan Eng dicabar umum Chow calon ketua menteri untuk penggal penuh
SEORANG bekas Adun DAP mencabar pengerusi parti itu Lim Guan Eng mengumumkan kesediaan memberi peluang Chow Kon Yeow menjadi ketua menteri Pulau Pinang bagi satu penggal penuh sekiranya PH dan BN mempertahankan negeri terbabit pada pilihan raya negeri (PRN) akan datang. Satees Muniandy mendakwa dia bersama lima Adun DAP digugurkan sebagai calon PH pada PRN…
-
Pulau Pinang sah bubar DUN pada 10 hari terakhir Jun
NEGERI Pulau Pinang akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam tempoh 10 hari terakhir pada bulan ini. Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, bagaimanapun kerajaan negeri belum mempunyai tarikh yang tetap untuk diumumkan dalam masa terdekat. “Mungkin 10 hari terakhir tetapi tarikh belum ada lagi. Jika Majlis Presiden boleh buat satu keputusan, kita akan ikut.…
-
PSI:Kerajaan P.Pinang setuju kurangkan skala projek 49 peratus
KERAJAAN Pulau Pinang bersetuju mengurangkan skala projek Tambakan Laut Selatan Pulau Pinang (PSI) sebanyak 49 peratus dengan tidak meneruskan pembinaan ‘Pulau B’ dan ‘Pulau C’. Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata kerajaan negeri menyahut seruan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim agar skop PSI diperkecilkan. “Hanya Silicon Island (Pulau A) seluas 2,300 ekar (930.7) akan dilaksanakan dalam…
-
‘Ada desakan dalam DAP tukar Chow, Lim kembali jadi KM P Pinang’
TERDAPAT desakan dalam DAP dikatakan bertujuan menyekat Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow daripada kembali memegang jawatan itu selepas pilihan raya negeri akan datang. Perancang dikatakan mahu Pengerusi DAP Lim Guan Eng kembali menerajui kerajaan negeri itu. Antara yang mendesak agar Lim mengadakan kemunculan semula di Pulau Pinang ialah tiga Adun yang mahu dia…
-
23 ladang ternak babi dijangkiti ASF
SEBANYAK 23 ladang ternak babi di Pulau Pinang dikesan dijangkiti penyakit African Swine Fever (ASF) atau demam babi Afrika sehingga hari ini dan membabitkan 53,275 ekor babi yang terdapat di ladang tersebut. Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata sehingga semalam, sebanyak 7,998 ekor babi telah dimusnahkan dari enam ladang ternakan di Seberang Perai Tengah (SPT)…
-
PH bakal hilang enam, tujuh kerusi DUN di Pulau Pinang
PAKATAN Harapan (PH) dijangka akan kehilangan enam atau tujuh kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang akan datang, berikutan gelombang luar biasa Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). Pengerusi PH Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, berkata corak pengundian kali ini amat berbeza, didorong pelbagai faktor yang mempengaruhi pengundi dalam menentukan pemimpin…
-
PRU-15: Pulau Pinang cuti 18 November
SELEPAS Selangor dan Negeri Sembilan, Pulau Pinang turut mengisytiharkan cuti khas pada 18 November ini, sehari sebelum pengundian Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). Ketika mengumumkan demikian, Ketua Menteri Chow Kon Yeow, berkata hari cuti itu akan memberikan masa dan kemudahan kepada rakyat menjelang hari pengundian. “Bersempena PRU-15 yang akan diadakan pada 19 November ini, kerajaan…
-
Pulau Pinang tolak PRU15 dalam musim tengkujuh – Kon Yeow
PULAU Pinang mungkin tidak akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk menyertai Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) serentak peringkat Persekutuan jika ia diadakan semasa musim tengkujuh yang biasanya membawa hujan lebat dan banjir. Ketua Menteri, Chow Kon Yeow, berkata keadaan sebaliknya jika PRU15 diadakan bukan dalam musim berkenaan. “Kalau buat (PRU15) bukan dalam musim tengkujuh, itu cerita lain, tapi…