Tag: bunuh diri
-
Cuba bunuh diri selepas isteri minta cerai
GARA-GARA isteri meminta cerai membuatkan seorang lelaki ‘hilang semangat’ apabila cuba membunuh diri dari sebuah papan tanda pada ketinggian 12 meter di Tasik Puncak Bestari, Bandar Puncak Alam hari ini. Lelaki tersebut berusia 50an turut berada di papan tanda dalam keadaan meracau serta berteriak kepada anggota bomba yang cuba menyelamatkannya. Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor,…
-
Lelaki bujang bunuh diri akibat ‘phone scam’
GARA-gara penipuan ‘phone scam’ seorang lelaki bertindak nekad membunuh diri dengan menggantung diri di sebuah kebun durian dekat Jalan Felcra Kerdau, semalam. Lelaki bujang berusia 43 tahun berkenaan dikatakan mengalami tekanan selepas kerugian kira-kira RM156,000 akibat terperdaya dengan sindiket yang menyamar sebagai syarikat kurier dan pihak polis. Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd. Azhar…
-
Pujukan bomba selamatkan wanita daripada terjun jambatan
CUBAAN seorang wanita yang mengalami kemurungan untuk terjun dari Jambatan Tok Pasai, Kuala Kedah pada Isnin berjaya digagalkan hasil usaha pujukan anggota bomba. Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain, wanita berusia 19 tahun itu berjaya diselamatkan anggotanya dari…
-
Kes kedua terjun Jambatan Pulau Pinang dalam tempoh 12 jam
SEORANG wanita dikhuatiri lemas selepas bertindak terjun dari Jambatan Pulau Pinang di Kilometer 8.0 arah pulau menghala ke Perai, pada awal pagi Selasa. Astro Awani melaporkan mangsa berusia 22 tahun dikatakan telah meninggalkan sebuah kereta Perodua Axia berwarna jingga bersama barangan peribadi di tepi tembok jambatan sebelum terjun ke dalam laut. Menurut Jurucakap Jabatan Bomba…
-
KKM bangunkan sistem daftar bunuh diri, dijangka siap 2023
KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) sedang membangunkan sistem Daftar Bunuh Diri dan Kecederaan Fatal Kebangsaan (NSFIRM) yang dijangka siap sepenuhnya pada 2023, Dewan Negara diberitahu hari ini. Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata buat masa ini KKM sedang dalam perincian proses kerja serta pembangunan aplikasi bagi sistem tersebut, yang akan melibatkan semua fasiliti hospital…
-
Keganasan rumah tangga meningkat ketika pandemik Covid-19
KERAJAAN memandang serius krisis jiwa dan mental yang semakin meningkat sepanjang tempoh negara berdepan pandemik Covid-19, sehingga mencetuskan keganasan rumah tangga serta bunuh diri. Sepanjang tempoh 17 bulan bermula Mac 2020 sehingga Ogos lalu, sebanyak 411 kes bunuh diri direkodkan. Dalam tempoh yang sama, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) juga mengendalikan 1,578 kes keganasan rumah tangga…
-
Kes bunuh diri meningkat 143 peratus
JUMLAH kes bunuh diri di negara ini menunjukkan peningkatan sebanyak 143 peratus atau 638 kes dalam tempoh tujuh bulan pertama tahun ini, berbanding 262 kes dalam tempoh sama tahun lalu. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menjelaskan, peningkatan kes itu juga dilihat pada 2020 dengan 631 kes, berbanding 609 kes pada 2019.…