Tag: bomba

  • Pegawai bomba cedera letupan di Segamat meninggal dunia pagi ini

    Pegawai bomba cedera letupan di Segamat meninggal dunia pagi ini

    PEGAWAI Bomba Mohd Firdaus Sulaiman yang cedera parah akibat terkena letupan ketika operasi memadam kebakaran di sebuah kilang memproses habuk kayu di Segamat, Sabtu lepas, meninggal dunia di Hospital Segamat, awal pagi ini. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Baru Segamat Penolong Kanan Penguasa Bomba Mazuki Ismail berkata Allahyarham meninggal dunia pada kira-kira pukul 4.10 pagi tadi…

  • [VIDEO] Hanya pemandu lori disahkan tertimbus akibat tanah runtuh

    [VIDEO] Hanya pemandu lori disahkan tertimbus akibat tanah runtuh

    SEORANG lelaki disahkan terperangkap selepas tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Laluan FT 185, Jalan Simpang Pulai-Blue Valley di Simpang Pulai, Perak pada Khamis. Mangsa dikenali sebagai Muhammad Hafiz Hamdi, 31, merupakan pemandu lori yang membawa muatan sayur dari Cameron Highlands ke Ipoh, kata Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid. Keadaan mangsa belum dikenal…

  • Dua dipercayai lemas ketika melarikan diri daripada polis

    Dua dipercayai lemas ketika melarikan diri daripada polis

    DUA lelaki terjun ke dalam sungai, namun hilang dan dipercayai lemas selepas dikatakan cuba melarikan diri ketika operasi polis di sebuah pasar di Kepala Batas, Pulau Pinang, awal pagi tadi. Beberapa individu dikatakan bertindak melarikan diri selepas melihat kehadiran polis di Kompleks Pasar Bisik Ikan, Kuala Muda, di Penaga. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia…

  • Pemandu mabuk rempuh kedai perabot, seorang parah

    Pemandu mabuk rempuh kedai perabot, seorang parah

    SEORANG pekerja sebuah kedai perabot parah selepas premis di Jalan Kampung Pasir, Ampang Selangor, dirempuh sebuah kereta dipercayai dipandu pemandu mabuk, petang tadi. Dalam kejadian pada jam 6 petang itu, mangsa yang berusia 20-an adalah pekerja di kedai berkenaan. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung…

  • PRN Melaka: Bomba siap siaga bantu pengundi jika berlaku banjir

    PRN Melaka: Bomba siap siaga bantu pengundi jika berlaku banjir

    JABATAN Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri bersiap sedia menggerakkan aset seperti jentera, lori dan bot untuk membawa pengundi ke pusat mengundi bagi melancarkan proses pengundian pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, sekiranya terdapat kawasan dilanda banjir. Pengarahnya Abu Bakar Katain berkata pihaknya juga memantau beberapa kawasan sering dilanda banjir sekiranya berlaku hujan lebat yang…

  • Lima bayi antara 50 diselamat kejadian kepala air Sungai Kenerong

    Lima bayi antara 50 diselamat kejadian kepala air Sungai Kenerong

    LIMA bayi antara 50 mangsa terselamat daripada dibawa arus sungai deras berikutan kejadian kepala air di kawasan perkelahan Sungai Kenerong, Jelawang, Dabong, di sini petang semalam. Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II (PBK II) Mohd Azwan Daud berkata enam anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Dabong tiba di lokasi kejadian 5.26 petang…

  • Pakar undang-undang, forensik anggotai jawatankuasa khas siasat kematian Adib

    JAWATANKUASA Khas yang ditubuhkan untuk menyiasat secara teliti kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim kini dianggotai oleh pakar undang-undang, patologi forensik dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM). Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar turut mengumumkan bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Kamardin Hashim dan Perunding Kanan Patologi Forensik Penang Medical College Datuk Dr Bhupinder…

  • Pemilik bengkel buntu 40 motosikal pelanggan hangus

    Pemilik bengkel buntu 40 motosikal pelanggan hangus

    SEORANG pemilik bengkel motosikal buntu apabila lebih 40 motosikal pelbagai jenis milik pelanggannya yang dianggarkan bernilai lebih RM100,000 hangus dalam kebakaran di Jalan Sultanah Zainab, di sini malam tadi. Wee Jit Hwa, 38, berkata kejadian itu berlaku sekelip mata sehingga mengakibatkan bengkel motosikal yang telah diusahakan bapanya sejak lebih 30 tahun lepas, terbakar 100 peratus. Katanya,…

  • Mayat kanak-kanak lemas ditemui

    Mayat kanak-kanak lemas ditemui

    MAYAT seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang dipercayai tergelincir ke dalam Sungai Kampung Perupok pada Ahad, ditemukan lemas hari ini. Mangsa, Mohd Hafiz Izzan Awari, ditemukan jam 10.05 pagi tadi oleh penduduk kampung yang turut membantu pencarian mangsa sejak jam 6 petang semalam. Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Shahnaz Akhtar Haji berkata, mangsa…

  • Operasi cari kanak-kanak lemas disambung hari ini

    Operasi cari kanak-kanak lemas disambung hari ini

    OPERASI mencari kanak-kanak lelaki yang hilang sejak semalam selepas dikhuatiri lemas di Kampung Perupok, di Yan, Kedah diteruskan pagi ini. Mangsa hilang ketika bermain bersama kakaknya sebelum dipercayai terjatuh dan dihanyutkan arus sungai. Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Shahnaz Akhtar Haji berkata, pada awalnya, mangsa mengunjungi rumah neneknya di kampung itu, bersama ibu dan…