Pemandu mabuk rempuh kedai perabot, seorang parah

0
267

SEORANG pekerja sebuah kedai perabot parah selepas premis di Jalan Kampung Pasir, Ampang Selangor, dirempuh sebuah kereta dipercayai dipandu pemandu mabuk, petang tadi.

Dalam kejadian pada jam 6 petang itu, mangsa yang berusia 20-an adalah pekerja di kedai berkenaan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 6.15 petang.

“Kereta jenis Proton Preve dipandu lelaki berusia 36 tahun merempuh kedai berkenaan.

“Ketika kejadian terdapat seorang pekerja di kedai berkenaan dan kini dalam keadaan parah akibat rempuhan itu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Pemandy kenderaan disahkan hanya mengalami cedera ringan dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

“Anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) memberi bantuan awal kepada mangsa sebelum dihantar ke Hospital Ampang untuk menerima rawatan lanjut.

“Mangsa didapati tidak sedarkan diri. Rempuhan itu turut mengakibatkan struktur kedai rosak,” katanya.- SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here