Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
BNS Archives -

Tag: BNS

  • Skandal LCS: Kenapa tiada dakwaan?

    Skandal LCS: Kenapa tiada dakwaan?

    PELBAGAI pihak mendesak kerajaan menjelaskan masalah yang dihadapi membabitkan projek pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) berikutan terdapat beberapa persoalan tadbir urus dan ketelusan yang masih tidak terjawab. Mereka turut mempersoalkan kenapa sehingga kini tiada sebarang tindakan diambil bagi menangani pelbagai persoalan dibangkitkan, termasuk mengheret dan mendakwa mereka yang bertanggungjawab ke muka pengadilan. Presiden Transparency International Malaysia (TI-M),…

  • PAC syor adakan prosiding baharu membabitkan LCS

    PAC syor adakan prosiding baharu membabitkan LCS

    JAWATANKUASA Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengesyorkan prosiding baharu berhubung kapal tempur pesisir (LCS) kontroversi diadakan pada persidangan Parlimen ke-15 yang dijadualkan bermula Isnin ini. Pengerusi PAC, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata prosiding itu dicadangkan diadakan sejurus pelantikan ahli PAC diluluskan Dewan Rakyat. Kata Mas Ermieyati, PAC dijangka mengadakan prosiding tersebut di Limbungan Kapal Boustead Naval…

  • Hanya lima kapal LCS diperoleh, bukan enam

    Hanya lima kapal LCS diperoleh, bukan enam

    PEROLEHAN kumpulan pertama kapal tempur pesisir (LCS) dikurangkan daripada enam kepada lima buah selepas proses permohonan semula dilakukan. Panglima Tentera Laut, Laksamana Datuk Abdul Rahman Ayub berkata, keputusan itu dibuat ketika kerajaan memutuskan untuk meneruskan projek pembinaan LCS. “Sememangnya asal enam buah tetapi ketika kita mengemukakan permohonan semula dan dibincangkan perkara ini, LCS kita persetujui…

  • LCS: SPRM sedia jumpa Raja Petra atas dakwaan babit Zahid

    LCS: SPRM sedia jumpa Raja Petra atas dakwaan babit Zahid

    SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedia menemui penulis blog, Raja Petra Kamarudin mengenai dakwaannya terhadap Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menerima sogokan SGD20 juta (kira-kira RM67 juta) berkaitan projek bermasalah kapal tempur pesisir (LCS). Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki memberitahu FMT, agensi itu akan membenarkan Raja Petra yang dikenali sebagai RPK mencadangkan lokasi…

  • ‘Amalan rasuah di Malaysia sudah berada pada skala membahayakan’ – Sultan Nazrin

    ‘Amalan rasuah di Malaysia sudah berada pada skala membahayakan’ – Sultan Nazrin

    AMALAN rasuah di negara ini disifatkan berada pada skala yang membahayakan, berdasarkan teguran laporan Ketua Audit Negara (KAN) secara berulang kali dan pelbagai penemuan dalam Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah. Baginda bertitah, atas dasar itu, semua pihak tidak boleh memandang ringan, bersifat leka, memilih melakukan penafian dan memikirkan…

  • LCS: Laporan audit tunjuk perjanjian ‘luar biasa’ sebelum kontrak diberikan

    LCS: Laporan audit tunjuk perjanjian ‘luar biasa’ sebelum kontrak diberikan

    DUA audit yang dijalankan secara berasingan berhubung pembelian enam Kapal Tempur Pesisir (LCS) untuk Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mendedahkan bahawa kemungkinan terdapat perjanjian antara kontraktor utamanya dan pembuat kapal kontroversi, DCNS sebelum kerajaan mengeluarkan kontrak. Memetik laporan Malaysiakini, ini berdasarkan sebut harga yang dikeluarkan oleh DCNS kepada Boustead Naval Shipyard (BNS) bertarikh 23 Disember…

  • Bukti penyelewengan LCS dikumpul seawal 2010

    Bukti penyelewengan LCS dikumpul seawal 2010

    Bukti penyelewengan dan kelemahan tadbir urus berhubung program kapal tempur pesisir (LCS) telah dikumpulkan seawal 2010 lagi, menurut laporan audit forensik oleh Alliance IFA (M) Sdn Bhd bagi Boustead Heavy Industries Corporation Berhad (BHIC). Laporan yang tidak lagi diklasifikasikan sebagai rahsia dan dimuat naik ke laman web rasmi Parlimen malam ini, menyatakan bukti-bukti mengesahkan bahawa…

  • LCS: Rakyat berhak tahu, kerajaan perlu telus – PM

    LCS: Rakyat berhak tahu, kerajaan perlu telus – PM

    RAKYAT berhak mendapat penjelasan berhubung isu pembekalan kapal tempur pesisir (LCS) dan kerajaan tidak akan berselindung dalam hal ini kerana ia berkait soal integriti, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau menegaskan isu pembekalan aset Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) itu yang melibatkan kontrak berjumlah RM9.13 bilion perlu dijelaskan dengan teliti supaya tidak berlaku spekulasi dan…

  • Dewan Negara bahas usul projek LCS petang ini

    Dewan Negara bahas usul projek LCS petang ini

    DEWAN Negara akan membahaskan usul berkaitan projek pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS) pada persidangan petang ini, selepas ia mendapat persetujuan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr Rais Yatim hari ini. Rais berkata usul yang dibawa Senator Lim Hui Ying itu akan dibahaskan mengikut Peraturan Mesyuarat 17 (3) kerana ia memenuhi tiga syarat iaitu bersifat…

  • Bekas pegawai kanan BNS dijangka didakwa esok isu LCS

    Bekas pegawai kanan BNS dijangka didakwa esok isu LCS

    SEORANG bekas pegawai kanan di syarikat pembuat kapal, Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS), dijangka didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur berhubung kes kontroversi itu, esok. Menurut laporan BH Online, sumber berkata individu itu akan didakwa dengan pertuduhan pecah amanah membabitkan kes perolehan Kapal Tempur Pesisir (LCS) yang sepatutnya dimiliki Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).…