Tag: BERSATU

  • Saiful keluar Bersatu, bukan masalah besar – Faiz Na’aman

    Saiful keluar Bersatu, bukan masalah besar – Faiz Na’aman

    KEPUTUSAN Saiful Bukhari Azlan yang juga bekas pembantu peribadi Presiden PKR meninggalkan Bersatu dilihat bukan masalah besar kepada parti itu. Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Faiz Na’aman menegaskan beliau sedikit pun tidak kecewa dengan keputusan Saiful malah menghormatinya, namun turut memberitahu, “kehadirannya” dalam parti tidak dirasai pemimpin dan ahli. Beliau mengakui Saiful mempunyai alasan tersendiri…

  • Tanpa Bersatu, PAS, berapa kerusi PH boleh menang?

    Tanpa Bersatu, PAS, berapa kerusi PH boleh menang?

    Oleh MIKAIL FIRDAUS JIKA PRU-15 diadakan tahun ini atau awal tahun depan, berapa kerusi Pakatan Harapan (PH) boleh menang andai pemimpin seperti Mohamad Sabu (Mat Sabu) dan Lim Guan Eng terus ego menolak Bersatu dan PAS dalam khemah besar PH? Berapa pula negeri yang mampu PH tawan dan mampukah PH kalahkan Barisan Nasional (BN)? Bolehkah…

  • Rundingan kerjasama antara parti tunjuk tanda memberangsangkan – Muhyiddin

    Rundingan kerjasama antara parti tunjuk tanda memberangsangkan – Muhyiddin

    PRESIDEN Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, walaupun rundingan untuk bekerjasama dengan parti lain bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 masih di peringkat awal, tetapi ia sudah menunjukkan tanda memberangsangkan. “Kita memang sudah mula (berunding), tapi kita tak buat apa-apa pengumuman kerana masih di peringkat awal. Dalam pertemuan awal pun dah ada petanda yang agak…

  • Bersatu lancar tabung Al-Aqsa

    Bersatu lancar tabung Al-Aqsa

    PARTI Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) melancarkan tabung bantuan ‘Bersatu Bantu Al-Aqsa’ bagi membela perjuangan rakyat Palestin daripada penindasan dan kekejaman rejim Zionis Israel. Sehubungan itu, sebagai permulaan Bersatu menyumbang sebanyak RM50,000 kepada tabung berkenaan, kata Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada pelancaran tabung berkenaan malam tadi. “Saya menyeru ahli-ahli parti dan seluruh rakyat Malaysia…

  • Bersatu belum buat pendirian tentang idea ’khemah besar’

    Bersatu belum buat pendirian tentang idea ’khemah besar’

    BERSATU belum menetapkan sebarang pendirian berhubung pendekatan ‘Khemah Besar’ yang melibatkan gabungan beberapa parti bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Timbalan Presidennya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata ia hanya akan diputuskan selepas perbincangan dilakukan oleh Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu.  “Kami belum bincangkan tentang khemah mana yang kami ingin sertai sama ada khemah besar atau…

  • [VIDEO] PRU-15: Ketepikan ego atau cita-cita mahu tumbangkan BN terkubur sebelum berperang

    [VIDEO] PRU-15: Ketepikan ego atau cita-cita mahu tumbangkan BN terkubur sebelum berperang

    PARTI-parti pembangkang terutamanya DAP perlu mengenepikan ego yang hanya melihat kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH) tiga tahun lalu adalah kesilapan parti Bersatu semata-mata, sehingga terus bermasam muka dan terus menutup pintu kerjasama menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15). Penganalisis politik Universiti Utara Malaysia (UUM) Profesor Madya Dr. Rusdi Omar menegaskan, meskipun perkara itu tidak boleh…

  • [VIDEO] PH harus buka pintu rundingan untuk Bersatu, Pas – Salahuddin Ayub

    [VIDEO] PH harus buka pintu rundingan untuk Bersatu, Pas – Salahuddin Ayub

    PEMIMPIN pembangkang diminta berjiwa besar dengan memaafkan dan melupakan perkara lalu bagi merealisasikan ‘Khemah Besar’ sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). Naib Presiden Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Salahuddin Ayub menyarankan PH membuka pintu rundingan dan perbincangan termasuk kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Pas bagi memastikan pembangkang ampuh dalam menghadapi Barisan…

  • ‘Dokumen sampah macam itu pun orang percaya ke?’ – Ahmad Samsuri

    ‘Dokumen sampah macam itu pun orang percaya ke?’ – Ahmad Samsuri

    NAIB Presiden PAS, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar hari ini menafikan wujudnya pakatan pemimpin tertinggi PAS bersama parti lain untuk menjatuhkan Barisan Nasional (BN) sebagaimana tercatat dalam beberapa dokumen yang tular di media sosial sejak Ahad lepas. Beliau yang juga Menteri Besar Terengganu menyifatkan dokumen yang ditularkan itu sebagai ‘sampah’ dan tidak perlu dipercayai kerana…

  • Muhyiddin santuni penduduk Pagoh sempena Ramadan

    Muhyiddin santuni penduduk Pagoh sempena Ramadan

    AHLI Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada petang Selasa menyantuni penduduk Pagoh pada majlis berbuka puasa bersama masyarakat setempat di Masjid Ar Rahman, Kampung Tui, Bukit Kepong. Pada majlis itu Muhyiddin yang juga Pengerusi Majlis Pemulihan Negara, turut menyampaikan sumbangan kewangan dan barangan keperluan harian kepada 25 buah masjid dan 32 buah surau di…

  • Perhalusi pelbagai aspek sebelum tamat MoU Kerajaan, PH – Muhyiddin

    Perhalusi pelbagai aspek sebelum tamat MoU Kerajaan, PH – Muhyiddin

    KERAJAAN perlu memperhalusi pelbagai aspek sebelum membuat keputusan sama ada mahu menamatkan perjanjian Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi Dan Kestabilan Politik dengan pembangkang atau sebaliknya. Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ia termasuk berkaitan isu perlaksanaan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang melibatkan masa depan negara. Beliau bagaimanapun menyerahkan sepenuhnya keputusan…