Bersatu lancar tabung Al-Aqsa

0
260

PARTI Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) melancarkan tabung bantuan ‘Bersatu Bantu Al-Aqsa’ bagi membela perjuangan rakyat Palestin daripada penindasan dan kekejaman rejim Zionis Israel.

Sehubungan itu, sebagai permulaan Bersatu menyumbang sebanyak RM50,000 kepada tabung berkenaan, kata Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada pelancaran tabung berkenaan malam tadi.

“Saya menyeru ahli-ahli parti dan seluruh rakyat Malaysia dapat menyokong kempen dengan tampil memberi sumbangan derma sebagai simbol solidariti kita kepada rakyat Palestin.

“Marilah kita sama-sama berdoa agar kesengsaraan yang sedang mereka alami khususnya di bulan Ramadan ini cepat berakhir,” katanya pada majlis berbuka puasa dan meraikan anak yatim di Menara PGRM, di Kuala Lumpur.

Turut hadir Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan kepemimpinan tertinggi parti serta ahli-ahli parti.

Majlis Iftar Bersatu dimulai dengan solat Maghrib dan Isyak berjemaah dan diakhiri dengan majlis moreh bersama-sama ahli parti.

Majlis berbuka puasa ini turut diserikan dengan kehadiran kira-kira 100 anak yatim dari Pusat Jagaan Banat Warisan Suci.

Pada majlis tersebut, anak-anak yatim ini turut menerima sumbangan duit raya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here