Tag: Bentong

  • Lelaki maut tergelincir sebelum jatuh ke dalam gaung

    Lelaki maut tergelincir sebelum jatuh ke dalam gaung

    SEORANG lelaki maut dipercayai akibat tergelincir sebelum terjatuh ke dalam gaung sedalam lebih 20 meter di KM 1 jalan naik ke Genting Highlands, Bentong hari ini. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Genting Highlands Mohd Saufi Zakaria berkata lelaki berusia lingkungan 60-an itu dikatakan sedang melakukan pemantauan di lereng bukit bagi kerja-kerja pemasangan paip sebelum tergelincir.…

  • Dua lelaki guna gelaran ‘Datuk Seri’ ditahan

    Dua lelaki guna gelaran ‘Datuk Seri’ ditahan

    POLIS menahan dua lelaki di Bentong, Pahang kerana menggunakan lambang dan darjah kebesaran palsu membawa gelaran ‘Datuk Seri’. Ketua Polis Bentong Zaiham Mohd Kahar berkata, kedua-dua lelaki warga tempatan masing-masing berusia 44 dan 45 tahun itu ditahan satu pasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Komersil IPD Bentong di sebuah rumah pada Selasa lalu. “Hasil pemeriksaan yang…

  • Misi lelaki bawa 243 bungkusan daun ketum dalam kereta gagal

    Misi lelaki bawa 243 bungkusan daun ketum dalam kereta gagal

    HASRAT seorang lelaki untuk menjual daun ketum ke Temerloh terbantut setelah diberkas polis Bentong di Kilometer (KM) 63 Lebuh Raya Karak ke Kuala Lumpur (arah Barat), sekitar pukul 3 pagi Selasa. Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata, Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (BPJKK) menahan suspek berusia 44 tahun itu yang membawa…

  • Penunggang motosikal maut dihempap pokok di LPT

    Penunggang motosikal maut dihempap pokok di LPT

    SEORANG penunggang motosikal maut dihempap pokok yang tumbang di Kilometer 67.4 Lebuhraya Pantai Timur menghala ke Kuantan hari ini. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 7.17 malam sebelum tujuh anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Bentong bergegas ke lokasi kejadian. Beliau berkata sejurus tiba…

  • Polis tahan tiga warga emas, rampas dadah bernilai lebih RM30 juta

    Polis tahan tiga warga emas, rampas dadah bernilai lebih RM30 juta

    POLIS percaya berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan dadah antarabangsa dan pengedaran tempatan dengan penahanan tiga lelaki warga emas di Bukit Tinggi dekat sini dan rampasan 841.06 kilogram syabu dianggar bernilai RM30.8 juta di sebuah rumah di sini, Sabtu lepas. Ketua Polis Pahang Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata hasil penahanan terhadap mereka, polis menyerbu rumah tersebut…

  • Parti liar: Datuk Seri antara 25 individu ditahan

    Parti liar: Datuk Seri antara 25 individu ditahan

    SERAMAI 25 individu termasuk seorang lelaki bergelar Datuk Seri dipercayai penganjur parti liar ditahan di sebuah banglo di Janda Baik, Bentong awal pagi Khamis. Menurut Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar, kesemua mereka yang ditahan terdiri daripada 17 warganegara tempatan dan 8 warganegara asing. “Pada 11 Ogos 2022, jam lebih kurang 1.00 pagi,…

  • Banjir kilat landa Janda Baik, 42 keluarga berpindah

    Banjir kilat landa Janda Baik, 42 keluarga berpindah

    SEBANYAK 42 keluarga terpaksa berpindah ke kawasan selamat apabila banjir kilat melanda beberapa perkampungan di Janda Baik selepas hujan berterusan sejak malam tadi. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pahang berkata, pihak mereka sedang dalam usaha menyelamat dan memindahkan mangsa yang masih terperangkap setelah pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 5.27 pagi.…

  • ‘Saya bersyukur dia sudah didakwa, tapi ujian ini amat berat’, kata Nazri

    ‘Saya bersyukur dia sudah didakwa, tapi ujian ini amat berat’, kata Nazri

    HANYA ungkapan ‘Ya Allah, Allah Maha Berkuasa’ keluar dari mulut seorang lelaki sebaik mengetahui pemandu yang menyebabkan kematian anak dan isterinya didakwa atas kesalahan membunuh. Mohd Nazri Hamid, 44, yang kehilangan isteri, Raihan Mohamad, 43, serta tiga anak Ahda Dalili Mohd Nazri, 14; Ahmad Muaz, 7 dan Ahda Imtinan, 5, dalam kemalangan di Jalan Lebu…

  • Pemandu akibatkan 4 sekeluarga maut akan dituduh atas kesalahan membunuh

    Pemandu akibatkan 4 sekeluarga maut akan dituduh atas kesalahan membunuh

    PEMANDU lelaki didapati positif dadah yang terbabit dalam kemalangan mengorbankan empat sekeluarga di Kilometer (KM) 2 Jalan Lebu ke Mempaga berhampiran susur ke Lebuh Raya Central Spine Road (CSR), di Bentong, Pahang akan dituduh di Mahkamah Majistret Bentong, hari ini. Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, suspek berusia 44 tahun itu akan…

  • ‘Saya sempat dengar isteri sebut Allahuakbar sebelum dirempuh’

    ‘Saya sempat dengar isteri sebut Allahuakbar sebelum dirempuh’

    “Saya hanya sempat mendengar arwah isteri menyebut Allahuakhbar sebelum kami dirempuh kenderaan itu,” demikian diceritakan Mohd Nazri Hamid, 44, mengenai kejadian kemalangan yang meragut nyawa isteri serta tiga anaknya di Kilometer 2 Jalan Lebu-Mempaga, Bentong, Pahang petang semalam.  Kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire yang dinaiki mereka sekeluarga dirempuh sebuah pacuan empat roda Nissan Navara yang dipercayai melanggar…