Tag: Batang Kali

  • Tanah runtuh Batang Kali: Empat mayat mangsa ditemui pada kedalaman 7 meter – Polis

    Tanah runtuh Batang Kali: Empat mayat mangsa ditemui pada kedalaman 7 meter – Polis

    EMPAT mayat mangsa dijumpai pasukan mencari dan menyelamat di Sektor C, kawasan tragedi tanah runtuh di Jalan Batang Kali-Gohtong Jaya, pada kedalaman tujuh meter. Menurut Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah, keempat-empat mayat mangsa ke-27, 28, 29 dan 30 itu ditemui dalam bungkusan khemah. “Perkembangan terkini jam 11.04 pagi, pasukan agensi penyelamat bersama…

  • Tanah runtuh Batang Kali: 4 mayat mangsa terbaru tanah runtuh ditemui

    Tanah runtuh Batang Kali: 4 mayat mangsa terbaru tanah runtuh ditemui

    PASUKAN operasi dan menyelamat (SAR) berjaya menjumpai empat mangsa terbaru insiden tanah runtuh di sebuah tapak perkhemahan di sini, pada operasi pencarian yang genap seminggu, hari ini. Menurut Facebook Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, mayat mangsa iaitu dua kanak-kanak dan dua individu dewasa masing-masing lelaki dan wanita ditemui pada jam 10.39 pagi tadi. Satu sidang…

  • Seminggu berlalu, operasi SAR diteruskan kesan tujuh lagi mangsa

    Seminggu berlalu, operasi SAR diteruskan kesan tujuh lagi mangsa

    OPERASI mencari dan menyelamat (SAR) tujuh lagi mangsa yang masih hilang dalam kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya di sini pada Jumaat lepas, diteruskan hari ini. Operasi yang memasuki hari ketujuh bersambung semula pada kira-kira 8 pagi tadi, selepas ditangguhkan pada pukul 10 malam semalam. Setakat ini, tragedi berkenaan meragut…

  • Tanah runtuh: Mayat mangsa ke-26 lelaki dewasa ditemui – Bomba

    Tanah runtuh: Mayat mangsa ke-26 lelaki dewasa ditemui – Bomba

    PASUKAN mencari dan menyelamat (SAR) di kawasan tanah runtuh Father’s Organic Farm di Gohtong Jaya, Batang Kali, dekat Hulu Selangor, menemui satu lagi mayat mangsa dipercayai lelaki dewasa. Menurut kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), mayat mangsa ditemui sekitar pukul 11.16 pagi. “Kemas kini setakat jam 11.16 pagi, pasukan mencari dan menyelamat (SAR)…

  • OIC rakam ucapan takziah tragedi tanah runtuh Batang Kali

    OIC rakam ucapan takziah tragedi tanah runtuh Batang Kali

    PERTUBUHAN Kerjasama Islam (OIC) pada Selasa merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada kerajaan Malaysia dan rakyatnya susulan insiden tanah runtuh di Gohtong Jaya, Batang Kali. Ucapan takziah itu disampaikan Setiausaha Agungnya Hissein Brahim Taha melalui akaun Twitter OIC. Beliau menyuarakan rasa simpati kepada keluarga mangsa dan semoga keluarga mangsa dikurniakan ketabahan. Setakat semalam seramai 25 mangsa disahkan terkorban dalam kejadian tanah…

  • Tanah runtuh Batang Kali: Mayat mangsa ke-25 dijumpai pada kedalaman 17 meter

    Tanah runtuh Batang Kali: Mayat mangsa ke-25 dijumpai pada kedalaman 17 meter

    MAYAT mangsa ke-25 yang juga kanak-kanak perempuan ditemui pada kedalaman 17 meter di lokasi runtuhan tanah. Menurut Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor, pihaknya telah menggali lokasi berkenaan sedalam tujuh hingga lapan meter. Bagaimanapun, dengan bantuan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM), pasukan mencari dan menyelamat dapat mengali…

  • Tanah runtuh Batang Kali: Padanan mangsa hilang dengan laporan waris dilakukan

    Tanah runtuh Batang Kali: Padanan mangsa hilang dengan laporan waris dilakukan

    POLIS sedang melakukan pemadanan identiti mangsa hilang dengan laporan waris keluarga insiden tanah runtuh di tapak perkhemahan Fathers’ Organic Farm, Jalan Batang Kali-Genting Highlands, Selangor, baru-baru ini. Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, pihaknya yakin akan ada waris yang tampil membuat laporan bagi memaklumkan kehilangan keluarga mereka yang kini sudah hari…

  • Mayat budak perempuan ditemui di lokasi tanah runtuh

    Mayat budak perempuan ditemui di lokasi tanah runtuh

    OPERASI mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya dekat Batang Kali yang memasuki hari kelima hari ini, menemukan mayat seorang kanak-kanak perempuan pada 11.15 malam sebelum operasi ditangguhkan pada 12 tengah malam. Penemuan mayat kanak-kanak dianggarkan berusia lingkungan lima hingga tujuh tahun itu, menjadikan angka korban tragedi berkenaan kini 25 mangsa.…

  • Keluarga insiden Batang Kali kecewa ada pihak kutip sumbangan

    Keluarga insiden Batang Kali kecewa ada pihak kutip sumbangan

    AHLI keluarga kepada mangsa tragedi tanah runtuh di Batang Kali, Hulu Selangor, Tai Chang Lin meluahkan rasa kecewa apabila ada pihak tidak dikenali melancarkan tabung sumbangan kononnya untuk membantu meringankan beban keluarga terlibat. Menurut Tai Seng Fui, 62, anaknya, Chang Lin, 35, menantu, Yu Siew Pay, 34, dan dua cucunya masing-masing berusia empat serta tujuh…

  • Tanah runtuh: Lebih 80 peratus kawasan runtuhan digali,diperiksa-Bomba

    Tanah runtuh: Lebih 80 peratus kawasan runtuhan digali,diperiksa-Bomba

    LEBIH 80 peratus kawasan runtuhan tanah di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya, di sini telah diperiksa anggota penyelamat setakat ini bagi mencari baki sembilan lagi mangsa yang masih hilang. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Datuk Norazam Khamis berkata faktor tanah yang lembut dan cuaca hujan yang menyumbang kepada takungan air di bawah…