Tag: Banjir kilat
-
Lembah Klang dilanda banjir kilat
HUJAN lebat selama beberapa jam petang ini menyebabkan beberapa kawasan sekitar Lembah Klang termasuk ibu kota, mengalami banjir kilat dan banyak kenderaan terkandas. Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menerusi kenyataan di Facebook, memaklumkan beberapa laluan termasuk Besraya Expressway membabitkan laluan dari pusat bandar ke Salak Selatan, dari Kuchai ke Salak Jaya dan Kampung Malaysia ke Kuchai…
-
[VIDEO] Tanah runtuh, banjir kilat di Brazil ragut 78 nyawa
KEJADIAN tanah runtuh dan banjir kilat yang melanda bandar Petropolis, Brazil di Rio de Janeiro telah meragut 78 nyawa termasuk enam kanak-kanak. Hujan lebat pada Selasa melanda kawasan pergunungan, kira-kira 68 kilometer dari utara bandar Rio de Janeiro yang mencetuskan lebih 50 kejadian tanah runtuh. “Ia merupakan kejadian paling buruk sejak 1932, dengan curahan hujan…
-
Banjir kilat di Kajang sebab longkang jalan persekutuan tak diselenggara, kata ADUN
Banjir yang melanda Taman Lembah Mewah petang tadi dikatakan berpunca daripada longkang jalan persekutuan tidak diselenggara dengan baik, kata ADUN Kajang, Hee Loy Sian. Di Jalan Semenyih yang melewati Taman Lembah Mewah, katanya, “longkang itu sempit dan lama tidak diselenggara”, menyebabkan ia tidak mampu menampung air yang terlalu banyak apabila hujan lebat. Beliau yang juga…
-
Agong titah kerajaan lakukan pascanilai atasi banjir di bandar
YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini bertitah agar pihak kerajaan mengadakan pascanilai berkenaan sistem perparitan bagi memastikan kejadian banjir kilat di kawasan bandar dapat diatasi. “Saya (Beta) menyarankan pihak kerajaan untuk mengadakan pascanilai dari segi perparitan di sekitar bandar, mudah-mudahan dapat kurangkan kejadian seperti banjir kilat untuk berlaku semula,” titah Seri…
-
Hujan berterusan sejak semalam, beberapa negeri dilanda banjir
HUJAN lebat yang berterusan sejak semalam menyebabkan beberapa kawasan rendah di beberapa negeri telah dinaiki air dan jumlah mangsa banjir yang dipindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) terus mencatatkan peningkatan pagi ini. Melaka, Selangor dan Negeri Sembilan menjadi negeri terbaharu yang dilanda banjir selain Kelantan, Pahang dan Terengganu. Di KELANTAN, jumlah mangsa banjir di negeri itu terus…
-
Banjir kilat di Ampang – dipercayai akibat projek lebuh raya
BANJIR kilat susulan hujan lebat di sekitar Ampang Jaya semalam dipercayai berpunca daripada kerja-kerja pembinaan lebuh raya di kawasan berhampiran, yang mengakibatkan tanah lumpur memasuki sungai dan saliran air. Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin berkata tanah dan lumpur daripada projek pembinaan itu terlonggok di dalam longkang dan sungai mengakibatkan saliran itu menjadi cetek lalu menyebabkan…
-
[VIDEO] 743 mangsa di pusat pemindahan sementara susulan banjir di Ampang
TIGA pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di sekitar daerah Hulu Langat, Selangor susulan banjir yang berlaku, malam tadi. PPS berkenaan terletak di Pangsapuri Desa Lembah Permai, Ampang; Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Sungai Serai dan Kompleks Penghulu Mukim Cheras Batu 10. Wakil Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Hulu Langat, Muhammad Razif Ruba’ai, berkata setakat jam…
-
Beberapa kawasan sekitar Ampang dilanda banjir kilat
BEBERAPA kawasan di sekitar Ampang, Selangor dilanda banjir kilat susulan hujan lebat selama lebih satu jam lewat petang tadi. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata kawasan yang terlibat adalah Jalan Hillview, Kampung Lembah Jaya Utara dan Lembah Jaya Selatan yang dinaiki air setinggi 1.5 meter akibat limpahan air dari longkang berhampiran kawasan berkenaan.…
-
9 kampung terjejas banjir kilat di Dengkil – tiga PPS dibuka
SEMBILAN buah kampung di sekitar Dengkil, Selangor terjejas teruk akibat banjir kilat semalam dan penduduk mula dipindahkan ke tiga Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka di Dengkil, Selangor bermula malam tadi. Antara kawasan terjejas banjir kilat adalah Kampung Sungai Merab Jaya, Kampung Lalang, Kampung Ampar Tenang, Kampung Cemperai, Kampung Sri Tanjung, Kampung Orang Asli Sungai Melut,…
-
Bomba selamatkan warga emas dan pemandu terperangkap dalam banjir kilat
SEORANG lelaki warga emas dan pemandunya diselamatkan bomba selepas kereta mewah jenis Bently dinaiki mereka terkandas akibat banjir kilat di persimpangan Cheng berhadapan Taman Cheng Perdana, Melaka, hari ini. Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Melaka Tengah Pegawai Bomba Kanan II Zulkifli Mohd Ali berkata kejadian berlaku kira-kira 7 pagi dengan kedua-dua lelaki berusia 80-an dan…