Tag: Bachok
-
Mayat kanak-kanak lelaki lemas di Bachok dijumpai
MAYAT seorang kanak-kanak lelaki yang lemas ketika cuba menyelamatkan anak saudaranya yang tergelincir di Pantai Kemayan, Bachok semalam, ditemukan hari ini. Ketua Polis Daerah Bachok Supt Mohamad Ismail Jamaluddin berkata mangsa Ahmad Fadhlullah Mohamad, 12, ditemukan pada 1.40 tengah hari tadi oleh orang awam di Pantai Senok, kira-kira lima kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan tergelincir.…
-
Kanak-kanak dikhuatiri lemas di Bachok
SEORANG kanak-kanak lelaki dikhuatiri lemas ketika cuba menyelamatkan anak saudaranya yang tergelincir di Pantai Kemayan pagi tadi. Ketua Polis Daerah Bachok Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin berkata dalam kejadian kira-kira 8 pagi, mangsa Ahmad Fadhlullah Mohamad, 12, belum ditemukan selepas cuba menyelamatkan Muhammad Nabil Irfan Ismail Mokhtar, 11, yang tergelincir dari benteng batu di pantai terbabit.…
-
PN yakin dapat ambil alih Perlis
PERIKATAN Nasional (PN) berkeyakinan akan dapat mengambil alih kerajaan Perlis daripada UMNO pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). Timbalan Presiden PN, Tan Sri Abdul Hadi Awang, berkata keyakinan itu berdasarkan calon PN di Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim mempunyai pengaruh yang kuat di negeri berkenaan. “Shahidan, beliau ada pengaruh di Perlis. Insya-Allah kena dengan…
-
Enam remaja 15 tahun antara lapan didakwa rogol pelajar bawah umur
ENAM remaja lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini, manakala dua lagi didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini atas pertuduhan merogol seorang pelajar Tingkatan Dua dalam kejadian di Tawang di sini, antara pertengahan Ogos hingga September lepas. Kesemua enam remaja yang berusia 15 tahun itu mengaku bersalah ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohd Fauzan…
-
OKT meninggal dunia ketika terima rawatan di Klinik Kesihatan Bachok-Polis
SEORANG buruh yang merupakan orang kena tahan (OKT) di lokap Balai Polis Bachok, meninggal dunia semasa menerima rawatan di Klinik Kesihatan Bachok selepas dipercayai bergaduh dengan tahanan lain, semalam. Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, siasatan mendapati mangsa berusia 32 tahun itu meninggal dunia semasa menerima rawatan di klinik tersebut pada jam…
-
Remaja putus tiga jari akibat mercun bola
SEORANG remaja lelaki berusia 14 tahun putus tiga jari tangan kanan selepas terkena mercun bola dalam kejadian di Kampung Lembah Beris Kubur Besar di Tawang, Bachok, Kelantan, semalam. Ketua Polis Daerah Bachok Superintenden Mohamad Ismail Jamaluddin berkata ketika kejadian mangsa yang sedang bermain mercun bola di belakang rumahnya tidak sempat membaling mercun tersebut sehingga menyebabkan ia…
-
18 individu dikompaun RM60,000 akibat berkumpul ‘Main Puteri’ di Bachok
POLIS menahan dan mengenakan kompaun ke atas 18 individu termasuk empat wanita kerana berkumpul dalam acara “main puteri” di Kampung Sungai, Bachok, Kelantan, tengah malam tadi. Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata kesemua mereka yang berusia antara 23 hingga 63 tahun itu, dikompaun keseluruhan RM60,000 selepas arahan bersurai oleh polis tidak diendahkan. Katanya, anggota polis telah dihantar ke kampung…