Tag: Azmin Ali
-
Dasar berani, bertanggungjawab PN bantu pulih prestasi ekonomi negara – Azmin
DASAR berani dan bertanggungjawab yang diperkenalkan Perikatan Nasional (PN) dalam mengurus negara kini membuahkan hasil yang dinikmati rakyat hari ini. Pengerusi PN Selangor, Datuk Seri Azmin Ali berkata, ini termasuk kejayaan negara mencatat pertumbuhan ekonomi sebanyak 8.9 peratus pada suku kedua tahun ini seperti diumumkan Bank Negara baru-baru ini. “Orang lain jangan nak ambil kredit.…
-
Kabinet minta PM tumpu kepada persiapan banjir, bukan PRU-15
PERSIAPAN menghadapi kemungkinan banjir perkara adalah keutamaan Kabinet dan bukan pilihan raya umum ke-15 (PRU-15). Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, berkata Kabinet tidak pernah bersetuju supaya PRU-15 disegerakan seperti didakwa Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan sebaliknya kerajaan mahu menumpukan kepada aspek…
-
PRU-15: PN dalam proses lengkapkan pembahagian kerusi
PERIKATAN Nasional (PN) kini dalam proses melengkapkan rundingan pembahagian kerusi antara komponen parti itu untuk persediaan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). Pengarah Pilihan Raya PN, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, berkata beliau sudah menyemak perkara itu menerusi mesyuarat dipengerusikannya yang turut dihadiri Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor selaku Pengarah Pilihan Raya…
-
Azmin Ali wakil perdana menteri ke upacara pengebumian negara Shinzo Abe
MENTERI Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali akan mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, ke Upacara Pengebumian Negara bekas Perdana Menteri Jepun, mendiang Shinzo Abe, pada 27 Sept di Nippon Budokan, Tokyo. Kementerian Luar dalam satu kenyataan memaklumkan upacara itu juga merangkumi sesi pertemuan bersama Perdana Menteri Jepun Fumio…
-
RM565.621 juta menerusi BBKM hampir selesai diagih di Selangor -Mohamed Azmin
PERUNTUKAN sebanyak RM565.621 juta di bawah Program Bantuan Banjir Keluarga Malaysia (BBKM) oleh kerajaan Persekutuan telah hampir selesai diagihkan kepada ketua isi rumah (KIR) setakat minggu lepas, kata Pengerusi Majlis Tindakan Pembangunan Negeri (MTPNg) Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. Beliau yang juga Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, menjelaskan program BBKM memberi bantuan menyeluruh…
-
Tiada pertemuan antara Azmin dan PKR – Hilman
SETIAUSAHA Perikatan Nasional (PN) Negeri Selangor, Hilman Idham menafikan dakwaan bahawa Datuk Seri Mohamed Azmin Ali telah mengadakan pertemuan dengan pihak pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR). Menerusi satu kenyataan media pada Selasa, Hilman melihat perkara itu sebagai satu rekaan untuk menimbulkan keraguan dan kesangsian di atas pendirian Datuk Seri Mohamed Azmin. “Saya ingin menafikan sekeras-kerasnya…
-
Jangan bandingkan saya dengan Zuraida – Azmin
AHLI Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Datuk Seri Mohamed Azmin Ali meminta semua pihak agar tidak membandingkan dirinya dengan Datuk Zuraida Kamarudin yang berhijrah menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM). Mohamed Azmin, yang juga Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, berkata beliau akan terus berjuang dan memberikan perkhidmatan kepada rakyat bersama Bersatu. “Saya rasa tidak perlu bandingkan saya dengan orang…
-
Azmin Ali sedia tanding mana-mana kerusi waima Permatang Pauh pada PRU-15
AHLI Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menjelaskan beliau bersedia bertanding di mana-mana kerusi yang ditetapkan oleh pucuk pimpinan Bersatu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). Mohamed Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak berkata, beliau telah melakukan sedaya upaya untuk membangunkan kawasan tersebut sebelum ini dan kini…
-
‘Perjuangan Bersatu adalah jati diri saya’ – Azmin
DATUK Seri Mohamed Azmin Ali hari ini menolak desas-desus kononnya beliau akan meninggalkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dengan menegaskan bahawa idealisme dan prinsip perjuangan Bersatu adalah jati dirinya. Serentak dengan itu beliau yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, mengajak seluruh anggota parti itu untuk terus bergerak sederap membangunkan sebuah Kerajaan yang bersih, telus…
-
[VIDEO] Azmin, Rashid tidak tinggalkan Bersatu – Muhyiddin
DESAS-desus Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Datuk Rashid Hasnon yang akan mengikut langkah Datuk Zuraida Kamaruddin meninggalkan parti tersebut adalah tidak benar. Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, desas-desus itu tidak benar dan beliau bersama Azmin Ali sentiasa duduk berbincang mengenai masa hadapan…