Tag: Ahmad Zahid
-
Jangan anggap mahkamah seperti ‘kedai kopi’, Zahid Hamidi ditegur pegawai pendakwaan
PIHAK pendakwaan hari ini menegur Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi supaya tidak menjadikan mahkamah seperti ‘kedai kopi’ atau mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO semasa menjawab soalan dalam perbicaraan kes yang dihadapinya. Timbalan Pendakwa Raya Datuk Raja Rozela Raja Toran membuat teguran itu apabila Ahmad Zahid berkali-kali tidak menjawab soalan secara spesifik dan mahu memberi…
-
[VIDEO] Pendedahan Tajuddin: ‘PN enggan bantu kes mahkamah Zahid bukti Muhyiddin bersih, berintegriti’
PENDEDAHAN yang membuka pekung di dada UMNO oleh Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman baru-baru ini sekaligus membuktikan pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin seorang yang berintegriti. Pengerusi Bersatu Johor, Datuk Dr. Sahruddin Jamal berkata, perkara itu ekoran Tajuddin mendedahkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pernah mengadu mengenai…
-
[VIDEO] Najib, Zahid, Anwar dicabar bersumpah nafi pendedahan Tajuddin
DATUK Seri Najib Razak, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Anwar Ibrahim dicabar bersumpah menafikan pendedahan Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman. Ketua Badan Pimpinan Bersatu Negeri Terengganu, Datuk Razali Idris berkata, ketiga-tiga pemimpin berkenaan yang diketahui gemar bersumpah wajar berbuat demikian bagi membuktikan pendedahan Tajuddin satu fitnah. “Apa yang…
-
‘Monster’, ‘young boy’ dalam lejar UKSB merujuk kepada Ahmad Zahid – Saksi
BEKAS pengurus pentadbiran Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa catatan ‘monster’, ‘young boy’ dan ‘yb’ dalam lejar syarikat merujuk kepada bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. David Tan Siong Sun, 47, berkata demikian ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Raja Rozela Raja Toran, ketika lejar itu dirujuk kepadanya semasa perbicaraan…
-
Tuduhan pindaan rasuah Sistem VLN, Ahmad Zahid mengaku tidak salah
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas satu tuduhan pindaan rasuah berhubung Sistem Visa Luar Negara (VLN). Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa mengarahkan pertuduhan pindaan dibacakan semula kepada Ahmad Zahid, 69, selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Abdul Malik Ayob untuk meminda…
-
Jangan heret rakyat dalam konflik perebutan kuasa, PAS ingatkan Zahid
PAS menyeru Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk berhenti seketika daripada berpolitiking kerana takut dengan bayang-bayang sendiri dan kehilangan jawatan. Ketua Penerangan PAS, Ir Kharil Nizam Khirudin berkata, Ahmad Zahid seharusnya berikan fokus menggerakkan jentera UMNO untuk bersama dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan kerajaan hari ini dalam usaha…
-
Bantuan kewangan kepada Ahmad Zahid bantu kukuhkan kedudukan UKSB – Saksi
BEKAS pengarah Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) memberitahu Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Khamis bahawa bantuan kewangan yang disalurkannya kepada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bertujuan mengukuhkan kedudukan syarikat itu sebagai kontraktor Kementerian Dalam Negeri (KDN), telah berjaya mendapat sokongan bekas Timbalan Perdana Menteri itu. Wan Quoris Shah Wan Abdul Ghani, 42 berkata selain menerima…
-
RM6 juta sumbangan politik, bukan rasuah – Ahmad Zahid
DATUK Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa dua cek berjumlah RM6 juta yang diterimanya daripada Syarikat Sarana Kencana Sdn Bhd adalah sumbangan politik ketika beliau menjadi timbalan perdana menteri dan bukannya rasuah. Ahmad Zahid, 69, berkata tuduhan bahawa cek itu yang diterima melalui bekas Timbalan Pengarah Urusan Datasonic…
-
Ahmad Zahid nafi pecah amanah dana YAB, pindah RM17 juta keranai pegawai cuai
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menafikan melakukan pecah amanah dana Yayasan Akalbudi (YAB) berjumlah RM 17,953,185.21, sebaliknya menyatakan wang itu dipindahkannya kepada sebuah firma guaman kerana bekas setiausaha eksekutifnya kerap melakukan kecuaian. Jumlah dana yayasan itu melibatkan pertuduhan keenam daripada 12 kesalahan pecah amanah, yang dihadapi bekas timbalan perdana menteri. Ahmad Zahid,…
-
Tiada satu sen dana Yayasan Akalbudi daripada kerajaan, rakyat – Ahmad Zahid
Bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa tiada satu sen dana Yayasan Akalbudi datangnya daripada kerajaan atau rakyat, sebaliknya wang puluhan juta ringgit dalam yayasan itu adalah miliknya. Ahmad Zahid, 69, berkata sumber dana yayasan tersebut adalah daripada lebihan pendapatannya ketika beliau membabitkan diri dalam sektor…