Category: Sukan

  • Liek Hou mudah melangkah ke separuh akhir

    Liek Hou mudah melangkah ke separuh akhir

    JUARA dunia enam kali Cheah Liek Hou tidak menghadapi masalah untuk mengesahkan tempat ke separuh akhir acara badminton selepas mencatatkan kemenangan kedua peringkat kumpulan B pada temasya sukan Paralimpik Tokyo 2020 hari ini. Bersaing dalam acara perseorangan lelaki kategori SU5 (kecacatan fizikal), Liek Hou menampilkan persembahan cemerlang untuk menewaskan wakil Taiwan, Jen Yu Fang, 21-13,…

  • PM ucap tahniah Wei Lun, bangga dengan pencapaian

    PM ucap tahniah Wei Lun, bangga dengan pencapaian

    by

    in

    PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob  mengucapkan tahniah kepada atlet Boccia negara, Chew Wei Lun yang menghadiahkan pingat perak buat kontinjen negara di Sukan Paralimpik Tokyo 2020, semalam. Ismail Sabri berkata, beliau bersama Keluarga Malaysia amat berbangga dengan pencapaian Wei Lun yang meraih pingat perak dalam acara Boccia Campuran Individu BC1. “Saya bersama Keluarga…

  • Duta Ukraine ucap tahniah, zahir rasa kagum dengan Ziyad

    Duta Ukraine ucap tahniah, zahir rasa kagum dengan Ziyad

    by

    in

    DUTA besar Ukraine di Malaysia, Olexander Nechytaylo mengucapkan tahniah kepada jaguh lontar peluru para negara, Muhammad Ziyad Zolkefli dan percaya dia tetap juara di hati setiap orang. Menerusi hantaran di Facebook miliknya, beliau menzahirkan rasa kagum di atas prestasi luar biasa yang ditunjukkan atlet berusia 31 tahun itu sehingga berjaya memecahkan rekod dunia bagi kategor…

  • IPC kesal tindakan netizen Malaysia selepas kes pembatalan pingat Ziyad

    IPC kesal tindakan netizen Malaysia selepas kes pembatalan pingat Ziyad

    by

    in

    JAWATANKUASA Paralimpik Antarabangsa (IPC) menyelar tindakan netizen Malaysia di media sosial selepas badan induk itu membatalkan kemenangan atlet lontar peluru negara Muhammad Ziyad Zolkefli di Tokyo 2020. Ziyad merangkul emas dengan selepas dua kali memecahkan rekod dunia dengan catatan 17.94 meter, tetapi dibatalkan berikutan bantahan Ukraine kerana lewat masuk ke bilik menunggu. Atlet Ukraine Maksym…

  • Sikap ‘on the way’ – punca terlepas pingat emas

    Sikap ‘on the way’ – punca terlepas pingat emas

    PINGAT emas dan Malaysia dalam kejohanan bertaraf dunia adalah perkara yang sangat luar biasa dan jarang-jarang berlaku. Tidak hairan apabila seseorang atlet berjaya memperolehi emas, seluruh tumpuan terarah kepadanya. Malah, ada yang atlet yang diraikan sehingga mendapat darjah kebesaran negeri yang membawa gelaran Datuk serta kebanggaan sepanjang hayat dan menjadi ikon sukan negara. Ketika seluruh negara…

  • Malaysia cari bukti CCTV kes pingat emas Ziyad

    Malaysia cari bukti CCTV kes pingat emas Ziyad

    by

    in

    MALAYSIA akan cuba mendapatkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bagi melihat situasi sebenar berhubung dakwaan atlet Paralimpik negara, Muhammad Ziyad Zolkefli yang dikatakan lewat memasuki call room. Menurut Presiden Majlis Paralimpik Malaysia, Datuk Seri Megat Shahriman Zaharudin, langkah itu bertujuan untuk dijadikan bahan bukti bagi tindakan lanjut yang akan dibuat selepas ini. “Kita sedang cuba…

  • Rayuan ditolak, Ziyad mohon maaf

    Rayuan ditolak, Ziyad mohon maaf

    by

    in

    KEPUTUSAN membatalkan pingat emas yang dimenangi atlet para negara, Muhammad Ziyad Zolkefli kekal selepas rayuan tiga negara termasuk Ecuador dan Australia ditolak dalam mesyuarat khas sebentar tadi. Perkara itu dimaklumkan oleh Team Malaysia (@TeamMsia) di laman Twitter sebentar tadi. “Keputusan yang bukan diinginkan tapi harap Ziyad kuat, walau apa pun terjadi, Ziyad tetap juara di…

  • Bonnie, Yee Khie belum fikir soal ganjaran, hanya nak jumpa keluarga

    Bonnie, Yee Khie belum fikir soal ganjaran, hanya nak jumpa keluarga

    DUA badang negara yang telah banyak berkorban dan beraksi cemerlang di Paralimpik Tokyo 2020, Bonnie Bunyau Gustin dan Jong Yee Khie, kini hanya mahu meluangkan masa bersama keluarga masing-masing sebaik tamat tempoh kuarantin 14 hari. Bonnie, pemenang pingat emas kategori lelaki 72kg acara powerlifting dengan angkatan 228kg, yang juga merupakan rekod baharu Paralimpik, mengakui sudah…

  • Ziyad terlepas pingat emas selepas protes atlet Ukraine

    Ziyad terlepas pingat emas selepas protes atlet Ukraine

    ATLET paralimpik negara, Muhammad Ziyad Zolkefli, terlepas pingat emas apabila kemenangannya dibatalkan selepas protes daripada atlet Ukraine. Menurut laman Twitter Team Malaysia, pingat emas itu secara rasmi diberikan kepada atlet Ukraine, Maksym Koval, yang membuat bantahan atas kemenangan Ziyad.

  • Ziyad tunai janji sumbang emas buat negara

    Ziyad tunai janji sumbang emas buat negara

    JAGUH lontar peluru para negara, Muhammad Ziyad Zolkefli menyumbangkan pingat emas kedua negara dalam Temasya Sukan Paralimpik Tokyo 2021 sebentar tadi. Muhammad Ziyad, 31, menunaikan janjinya dengan bergaya dalam acara lontar peluru F20, selepas memecahkan rekod dunia miliknya hanya pada lontaran pertama apabila mencatat 17.31 meter (m) dan memastikan emas menjadi milik beliau pada lontaran…