PM ucap tahniah Wei Lun, bangga dengan pencapaian

0
222

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob  mengucapkan tahniah kepada atlet Boccia negara, Chew Wei Lun yang menghadiahkan pingat perak buat kontinjen negara di Sukan Paralimpik Tokyo 2020, semalam.

Ismail Sabri berkata, beliau bersama Keluarga Malaysia amat berbangga dengan pencapaian Wei Lun yang meraih pingat perak dalam acara Boccia Campuran Individu BC1.

“Saya bersama Keluarga Malaysia amat berbangga dengan pencapaian anda yang meraih pingat perak dalam acara Boccia Campuran Individu BC1.

“Terima kasih kerana telah berjaya menyahut cabaran dan mengharumkan nama Malaysia di persada dunia,” katanya menerusi Facebook.

Semalam, Wei Lun menampilkan tentangan sengit kepada juara bertahan yang juga atlet nombor satu dunia dari Great Britain, David Smith sebelum tewas 2-4 pada perlawanan akhir yang berlangsung di Pusat Gimnastik Ariake.

Untuk rekod, ini adalah penampilan sulung Wei Lun di temasya Paralimpik dan penyertaan pertama Malaysia dalam sukan ini. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here