Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Semasa Archives - Page 1947 of 1995 -

Category: Semasa

  • Agong zahir dukacita fenomena kepala air di Yan, Kedah

    Agong zahir dukacita fenomena kepala air di Yan, Kedah

    YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini menzahirkan rasa dukacita terhadap tragedi banjir susulan fenomena kepala air berlaku di sekitar kawasan Gunung Jerai di Yan, Kedah, yang meragut empat nyawa setakat ini. Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin dalam kenyataan hari ini berkata, Seri Baginda turut menzahirkan…

  • Perbincangan khas Raja-raja Melayu hari Ini

    Perbincangan khas Raja-raja Melayu hari Ini

    RAJA-RAJA Melayu dijadual mengadakan pertemuan di Istana Negara hari ini bagi membincangkan isu semasa negara, khususnya berkaitan dengan pelantikan Perdana Menteri Malaysia kesembilan. Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu itu dijadual bermula 2.30 petang, dipengerusikan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Menurut laporan Bernama, tumpuan dijangka terarah kepada perbincangan bagi melantik seorang Ahli Parlimen yang…

  • Laporan polis dibuat terhadap Ambiga

    Laporan polis dibuat terhadap Ambiga

    SATU laporan polis telah dibuat terhadap peguam, Ambiga Sreenevasan kerana didakwa telah menimbulkan syak dan menyoal integriti proses pelantikan Perdana Menteri oleh Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong yang jelas termaktub dalam Perlembagaan. Dalam laporan polis yang dibuat, Gerakan Peguam Islam Se-Malaysia (GPIS) telah mendakwa ambiga melakukan kesalahan tersebut dalam satu ciapan Twitternya pada 19…

  • Raja-Raja Melayu bincang calon PM, kerajaan baharu hari ini

    Raja-Raja Melayu bincang calon PM, kerajaan baharu hari ini

    Oleh Abu Ubaidillah Rahman YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini akan mempengerusikan perbincangan khas Raja-Raja Melayu bagi membincangkan calon Perdana Menteri Kesembilan dan pembentukan kerajaan baharu. Perbincangan tersebut akan berlangsung pada pukul jam 2.30 petang di Istana Negara, Kuala Lumpur dan perkara itu disahkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara,…

  • Hampir 30 juta dos vaksin Covid-19 diberikan – JKJAV

    Hampir 30 juta dos vaksin Covid-19 diberikan – JKJAV

    SEBANYAK 29,886,548 juta dos vaksin Covid-19 telah diberikan kepada populasi di negara ini menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang dimulakan sejak 24 Feb sehingga semalam. Mengikut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin COVID-19 (JKJAV) menerusi perkongsian infografik di Facebook berkata, sebanyak, 12,079,978 atau 37 peratus daripada populasi negara telah mendapat dos kedua vaksin Covid-19 dlam…

  • Bantuan tunai RM 500 untuk mangsa bencana kepala air

    Bantuan tunai RM 500 untuk mangsa bencana kepala air

    BANTUAN tunai berjumlah RM500 disalurkan Kerajaan negeri Kedah kepada setiap keluarga terkesan dengan banjir susulan fenomena kepala air di Gunung Jerai, Yan yang berlaku Rabu lepas. Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md. Nor memaklumkan, bantuan itu adalah bagi membantu kerja-kerja penggantian sebahagian peralatan asas rumah dan pembersihan akibat banjir berkenaan. “Hasil perbincangan bersama Agensi Pengurusan…

  • Polis tahan 31 ahli SSR berhimpun di Dataran Merdeka

    Polis tahan 31 ahli SSR berhimpun di Dataran Merdeka

    Oleh Abu Ubaidillah Rahman IBU Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi menahan 31 ahli Sekretariat Solidariti Rakyat (SSR) yang juga penganjur perhimpunan #Lawan pada pukul 8 malam kerana berhimpun di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur malam tadi. Menurut kenyataan dikeluarkan IPD Dang Wangi, semua mereka dibawa ke IPD berkenaan dan dikenakan kompaun RM2,000 setiap seorang. Menurut…

  • Ingat! Patuhi SOP nasihat Noor Hisham

    Ingat! Patuhi SOP nasihat Noor Hisham

    KETUA Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengingatkan rakyat Malaysia untuk mematuhi kepada prosedur operasi standard (SOP) ketat yang telah ditetapkan, berikutan pembukaan lebih banyak sektor ekonomi. Dalam hantaran di Twitternya, Dr Noor Hisham juga meminta orang ramai untuk mengelakkan tempat yang sesak dan sempit, selain untuk mendapatkan vaksinasi secepat mungkin. “Satu peringatan kepada semua,…

  • Rogol berkumpulan: tujuh remaja direman lima hari

    Rogol berkumpulan: tujuh remaja direman lima hari

    Oleh Mohd Lazim Endut TUJUH remaja lelaki direman selama lima hari bagi membantu siasatan berhubung kes rogol berkumpulan terhadap seorang remaja perempuan berusia 13 tahun, awal tahun ini. Perintah tahanan reman bermula hari ini sehingga Isnin depan itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Kota Bharu, Nor Faezah Abdullah terhadap semua suspek, lapor Harian Metro. Semua…

  • Tiada aktiviti pembalakan di Gunung Jerai-JBPM

    Tiada aktiviti pembalakan di Gunung Jerai-JBPM

    Oleh Rizqi Zabidi JABATAN Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melakukan tinjauan udara sekitar Gunung Jerai bagi mengesan sekiranya terdapat sebarang akitiviti pembalakan yang didakwa menyebabkan berlakunya fenomena kepala air semalam. Timbalan Ketua Pengarah Operasi JBPM, Datuk Abdul Wahab Mat Yasin yang mengetuai tinjauan udara itu berkata, tidak berlaku sebarang aktiviti pembalakan di kawasan itu dan…