Hampir 30 juta dos vaksin Covid-19 diberikan – JKJAV

0
463

SEBANYAK 29,886,548 juta dos vaksin Covid-19 telah diberikan kepada populasi di negara ini menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang dimulakan sejak 24 Feb sehingga semalam.

Mengikut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin COVID-19 (JKJAV) menerusi perkongsian infografik di Facebook berkata, sebanyak, 12,079,978 atau 37 peratus daripada populasi negara telah mendapat dos kedua vaksin Covid-19 dlam tempoh itu.

Menurutnya, sebanyak 17,806,570 orang atau 54.5 peratus daripada populasi negara pula telah menerima dos pertama vaksin.

“Mengikut peratusan bagi populasi dewasa pula, sebanyak 76.1 peratus penerima telah mendapat dos pertama manakala 51.6 peratus penerima, lengkap divaksin,” katanya hari ini.

SEBANYAK 29,886,548 juta dos vaksin Covid-19 telah diberikan kepada populasi di negara ini menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang dimulakan sejak 24 Feb sehingga semalam.

Sementara itu, JKJAV berkata, untuk vaksinasi harian, sebanyak 517,692 dos vaksin Covid-19 diberikan setakat semalam.

Tambahnya, daripada jumlah itu, sebanyak 180,810 dos pertama diberikan manakala 336,882 lagi melibatkan dos kedua.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here