Category: Mahkamah
-
Perbicaraan Zahid: Hakim tanya peguam kenapa sumbangan tidak dalam cek tetapi tunai
HAKIM Mahkamah Tinggi Datuk Collin Lawrence Sequerah yang mendengar perbicaraan kes Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menyoal pasukan pembelaan mengapa sumbangan derma bernilai berjuta ringgit dikatakan daripada Yayasan Al-Bukhari (YALB) kepada Yayasan Akalbudi (YAB) tidak dalam bentuk cek tetapi dalam wang tunai. Persoalan itu ditujukan kepada ketua pihak pembelaan Hisyam Teh Poh Teik…
-
Najib, Mohd Nazifuddin fail kebenaran merayu bayaran cukai LHDN
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan anaknya, Datuk Mohd Nazifuddin memfailkan notis usul untuk mendapatkan kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang menolak rayuan mereka bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi berhubung pembayaran cukai masing-masing berjumlah RM1.69 bilion dan RM37.6 juta kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Peguam Wee Yeong Kang, yang mewakili…
-
Zarina Anjoulie dihadap ke mahkamah
SELEBRITI Zarina Anjoulie Lavocah Mohd Fahizul dihadapkan ke Mahkamah Majistret Seremban, hari ini atas pertuduhan menggunakan dadah jenis methamphetamine, Jun lalu. Zarina, 34, yang hadir ke mahkamah dengan memakai jubah berwarna merah jambu dan bertudung, mengaku tidak bersalah di depan Majistret Mahyun Yusof, selepas kertas pertuduhan dibacakan. Mengikut pertuduhan, Zarina dituduh menggunakan dadah jenis methamphetamine…
-
Lelaki dituduh hina raja, agama
SEORANG lelaki hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini, gara-gara membuat hantaran menghina institusi raja dan agama di laman sosial Facebook. Bagaimanapun tertuduh, Prajiv Lionel Proctor, 39, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Maziah Joary Mohd Tajudin. Mengikut pertuduhan, Prajiv didapati secara sedar telah membuat dan memulakan penghantaran komunikasi…
-
Bantu ‘along’ tampal, edar poster, 2 lelaki didenda RM3,500
MAHKAMAH Majistret Seremban hari ini menjatuhi hukuman denda sebanyak RM3,500 ke atas dua lelaki yang mengaku salah menampal poster dan mengedar risalah syarikat pinjaman wang tanpa lesen, minggu lalu. Tertuduh, Woon Wan Pau, 46 dan Tan Hai Liang, 37, pada masa sama diperintahkan Majistret, Mahyun Yusof menjalani hukuman penjara lapan bulan, jika gagal menjelaskan denda…
-
Penganggur didakwa 15 tuduhan seks luar tabii, amang seksual dan cabul anak tiri
SEORANG penganggur berusia 30 tahun mengaku tidak bersalah di dua Mahkamah Selayang di sini hari ini, atas 15 pertuduhan melakukan seks luar tabii, amang seksual fizikal dan mencabul dua anak tiri perempuannya antara 2015 dan 2020. Tertuduh yang memakai baju-T berwarna merah membuat pengakuan itu selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen…
-
Dua individu direman kes suapan RM18,000 syarikat bekal baja
MAHKAMAH Majistret Shah Alam hari ini mengeluarkan perintah reman empat hari terhadap dua individu termasuk seorang penjawat awam bagi membantu siasatan berhubung kes menerima wang suapan kira-kira RM18,000 daripada sebuah syarikat pembekal baja. Perintah reman kedua-dua lelaki itu yang bermula hari ini sehingga 13 Sept depan itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Namirah Hanum Mohamed Albaki, selepas membenarkan…
-
Pemandu lori tidak mengaku salah memandu bawah pengaruh dadah
Seorang pemandu lori yang merempuh lima kenderaan termasuk sebuah kereta Perodua Myvi hingga remuk di Jalan Ipoh baru-baru ini, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memandu di bawah pengaruh dadah di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat. Ardi Latif, 25, membuat pengakuan tidak bersalah itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Amanina Mohamad Anuar. Dalam halangan…
-
Anjing peliharaan cederakan kanak-kanak: ibu tunggal mengaku bersalah
SEORANG ibu tunggal mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Taiping, Perak hari ini atas pertuduhan cuai sehingga menyebabkan anjing peliharaannya mencederakan seorang kanak-kanak perempuan, Julai lalu. K. Saroja Devi, 46, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Adibah Abdul Kadir. Mengikut pertuduhan, Saroja Devi didakwa cuai sehingga menyebabkan haiwan peliharaannya mencederakan Nurilmi Natrah Mohd Muzri,…
-
Ibu, teman lelaki didakwa bunuh anak 3 tahun
SEORANG ibu yang tergamak mendera sehingga menyebabkan kematian terhadap anak kandungnya dalam kejadian di Bandar Baru Bangi minggu lalu, didakwa melakukan pembunuhan itu bersama teman lelakinya di Mahkamah Majistret Bangi, hari ini. Pertuduhan dibaca bersama terhadap kedua-dua tertuduh oleh jurubahasa di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen yang bertindak sebagai Majistret, Effandi Nazila Abdullah, namun tiada pengakuan…