Pemandu lori tidak mengaku salah memandu bawah pengaruh dadah

0
241

Seorang pemandu lori yang merempuh lima kenderaan termasuk sebuah kereta Perodua Myvi hingga remuk di Jalan Ipoh baru-baru ini, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memandu di bawah pengaruh dadah di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat.

Ardi Latif, 25, membuat pengakuan tidak bersalah itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Amanina Mohamad Anuar.

Dalam halangan yang berlaku pada Isnin lalu, rempuhan lori yang dibawa Ardi telah menyebabkan kecederaan kepada pemandu kereta milik Nik Adlee Saha Nik Ahmad Fauzi, 45, di Jalan Segambut Utara ke Jalan Ipoh di sini pada jam 2.40 petang, 6 September lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 44 (1A) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (pindaan 2020) dan boleh dihukum mengikut seksyen sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang tujuh tahun dan tidak lebih 10 tahun dan denda tidak kurang RM30,000 dan tidak lebih RM50,000 serta hilang kelayakan memandu untuk tempoh tidak kurang tujuh tahun dari tarikh disabitkan kesalahan.

Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Siti Nursyuhada Abd Rauf.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin dengan syarat tambahan iaitu lesen memandu tertuduh ditahan sehingga pelupusan kes. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here