Category: Politik
-
Segera selesai pembahagian kerusi-Muhyiddin
PENGERUSI Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu supaya rundingan pengagihan kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Pahang diselesaikan segera. Ini berikutan parti itu tidak mempunyai masa panjang bagi menyelesaikan pembahagian kerusi apabila parlimen dibubarkan hari ini. “Kalau diikutkan peraturan, kita hanya ada 60 hari sahaja selepas tarikh dibubarkan. Mungkin dalam masa seminggu dua…
-
Saifuddin isytihar slogan PN Pahang, nafas baharu perjuangan
“PERIKATAN Nasional (PN) terajui Pahang”, demikian laungan perjuangan parti gabungan itu petanda semboyan telah dibunyikan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15). Pengerusi PN Pahang, Datuk Seri Saifuddin Abdullah mengisytiharkan slogan tersebut berkata, ia dipersetujui oleh parti gabungan antara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Pas dan Gerakan dalam satu sesi perbincangan sebelum ini. “Dengan penuh…
-
PN hormati keputusan PRU-15
PERIKATAN Nasional (PN) menerima baik keputusan mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) dalam masa terdekat meskipun berdepan musim tengkujuh. Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau menghormati keputusan pembubaran parlimen yang diperkenan Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. “Sebelum ini PN sudah beri pandangan situasi semasa namun begitu keputusan sudah dicapai…
-
Manifesto PN menyeluruh, tingkatkan pendapatan peneroka Felda jadi tumpuan – Muhyiddin
MANIFESTO parti Perikatan Nasional bakal merangkumi semua bidang utama dan berpotensi menjadi tawaran yang baik terutamanya peneroka Felda di negeri Pahang. Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata manifesto yang akan diberitahu kemudian akan menarik perhatian orang ramai terutamanya peneroka. “Sewaktu saya memimpin negara, kita selesaikan hutang mereka, RM8.9 bilion sudah dihapuskan. Kemudian kita mengeluarkan sukup…
-
PRU-15: Calon PN lalui saringan rapi
CALON Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan melalui proses saringan yang rapi bagi memastikan mereka bersih dan istiqamah. Ketua Penerangan BERSATU, Datuk Wan Saiful Wan Jan dalam satu kenyataan berkata, jentera pilihan raya dan penerangan BERSATU sudah dipersiap dari awal, malah Skuad Prihatin parti itu juga sudah dikerah untuk berdepan segala…
-
PN Johor sedia hadapi PRU-15
Perikatan Nasional (PN) Johor kekal dengan pendirian mahu memberikan fokus terhadap rakyat terutama. Namun pada masa sudah bersedia untuk Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). Berikut adalah kenyataan penuh Pengerusi PN Johor, Datuk Dr. Sahruddin Jamal yang juga Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor. Parlimen Ke-14 telah terbubar hari ini bagi memberi laluan…
-
Warganet kecewa PRU-15 musim tengkujuh, dakwa bebankan rakyat
PEMBUBARAN Parlimen oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengundang kekecewaan rakyat yang berang dengan tempoh pelaksanaannya yang berlaku semasa musim tengkujuh. Tinjauan Warta Rakyat dalam ruangan komen berkaitan pembubaran Parlimen oleh Perdana Menteri, kebanyakan warganet menyifatkan pembubaran Parlimen ketika ini bukan setakat memenuhi impian pemimpin politik gila kuasa malah bakal membebankan…