Category: Kemalangan/Bencana
-
Motosikal langgar kerbau, penunggang maut, tiga lagi cedera
SEORANG lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya merempuh sekawan kerbau di Jalan Sungai Kroh-Kampung Gajah dekat Air Kuning, dua hari lepas. Mohamad Haddrie Naim Azmi, 20, yang sedang dalam perjalanan dari arah Kampung Gajah menuju ke Air Kuning, meninggal dunia di lokasi kejadian pada kira-kira pukul 1.30 pagi akibat kecederaan parah di kepala susulan kemalangan…
-
Kereta terbakar, meletup punca tiga beranak melecur
TIGA beranak melecur selepas kereta yang dinaiki mereka meletup dan terbakar berhampiran sebuah premis di Taman Industri Ringan Sri Mergong, Lorong Perak 22, di Alor Setar hari ini. Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Bomba Abdul Rahim Che Omar berkata, kesemua mereka berusia antara 5 tahun hingga 54 tahun. Katanya,…
-
Dua cedera bas rempuh lori
DUA penumpang cedera apabila bas ekspres dalam perjalanan dari Semporna ke Kota Kinabalu merempuh belakang sebuah lori di Jalan Tamparuli-Ranau berhampiran Kampung Kapa, Tamparuli, Tuaran, pagi tadi. Penumpang lelaki yang cedera parah dikenali Nursiq Rahim, 31, manakala seorang lagi mangsa lelaki, Kantie Amir, 29, cedera ringan Pemandu lori yang membawa muatan kayu dilaporkan tidak mengalami…
-
Lelaki cedera dirempuh kereta ketika bantu mangsa kemalangan
PEMUDA maut semasa membantu seorang mangsa kemalangan apabila dia sendiri dirempuh kereta dalam nahas dua kenderaan di Jalan Song, Kuching sekitar jam 2 pagi tadi. Mangsa, Jude Jimmy, 22, sedang membantu seorang pemandu kenderaan Perodua Myvi yang sebelum itu terbabas dan melanggar sebatang pokok. Jude bagaimanapun tiba-tiba dirempuh oleh sebuah kenderaan pacuan empat roda Lexus…
-
Jemaah haji meninggal dunia di Makkah
SEORANG jemaah haji berusia 57 tahun meninggal dunia di Makkah pada 11.50 malam, 4 Jun lepas akibat kegagalan jantung. Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman yang memaklumkan perkara berkenaan berkata, wanita berasal dari Raub, Pahang itu meninggal dunia di Pusat Rawatan Tabung Haji (TH) di Makkah. “Jenazah Allahyarham disembahyangkan di…
-
Lelaki ditemukan meninggal dunia dalam tandas
SEORANG lelaki hari ini disahkan meninggal dunia setelah dipercayai pengsan dalam tandas kediamannya di Setia Alam, di sini awal pagi tadi. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Bomba Selangor Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata terdahulu pihaknya menerima panggilan daripada isteri mangsa pada 3.04 pagi selepas mangsa Simon Tan Cheng Kim, 55, terkunci dalam tandas…
-
Datuk, dua cucu cedera kereta dipandu rempuh stesen minyak
DUA kanak-kanak cedera selepas kereta dipandu datuk mereka merempuh kedai serbaneka di sebuah stesen minyak di Jalan Bukit Rambai, Melaka Tengah malam tadi. Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, kejadian kira-kira pukul 7 malam itu berlaku selepas lelaki berusia 69 tahun itu selesai mengisi minyak kereta, yang dinaiki bersama dua cucunya…
-
Lelaki tular mengamuk, baling makanan dalam restoran dicekup
SEORANG lelaki tempatan ditahan selepas videonya mengamuk serta membaling bungkusan makanan dan minuman di sebuah restoran di Subang Jaya Ahad lalu tular di media sosia. Ketua Polis Subang Jaya Wan Azlan Wan Mamat berkata lelaki berusia 50 tahun ditahan jam 1 pagi tadi di Jalan Samudera Utara 2, Taman Samudra, Batu Caves, Selangor. Beliau berkata…
-
Penunggang motosikal maut dihempap pokok tumbang ketika ribut
Oleh WARTAWAN SATU BERITA SEORANG lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya dihempap pokok yang tumbang dalam kejadian ribut di Lebuh Raya Tun Dr. Lim Chong Eu menghala ke George Town, Pulau Pinang awal pagi tadi. Mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha LC 135 itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Dalam kejadian kira-kira pukul 1.15…
-
Tiga beradik maut dalam insiden lori langgar kren
TIGA beradik maut dalam kemalangan membabitkan lori dan kren di Kilometer 136 Jalan Kuantan/Johor Bahru berhampiran Kampung Sepakat, Rompin lewat petang semalam. Ketua Polis Daerah Rompin DSP Mohd Azahari Mukhtar berkata mereka ialah Muhammad Firdaus Abu Bakar, 28, serta dua adik lelakinya, Muhammad Solihin, 21, dan Ahmad Jazuly, 17, yang beralamat di Jalan Sungai Kolek,…