Author: Najmi Hakim
-
[VIDEO] ‘Dalam Islam, bila berjanji mesti tunai,’ – Muhyiddin
TAN Sri Muhyiddin Yassin menafikan Perikatan Nasional (PN) mengugut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob susulan kenyataan Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainuddin baru-baru ini. Jelasnya, kenyataan itu hanya bertujuan untuk mengingatkan kembali komitmen kedua-dua pihak menunaikan janji yang dipersetujui sebelum ini. Malah, tambahnya, perkara berkaitan menunaikan janji itu juga selari ajaran Islam.…
-
OPR naik himpit ekonomi keluarga
DALAM berdepan kenaikan inflasi, rakyat disarankan tidak boros dan berbelanja dengan bijak kerana apabila Kadar Dasar Semalaman (OPR) meningkat, harga barang juga meningkat menyebabkan rakyat terhimpit dari segi kewangan. Pakar Perancangan Ekonomi Keluarga, Dr Amim Othman berkata, OPR itu ibarat air yang apabila ia naik, ia akan menenggelamkan semua. “Dalam keadaan sekarang, ini adalah peluang…
-
Polis halang peserta himpunan ke Dataran Merdeka
HAMPIR 100 peserta Himpunan Turun Harga Barang dihalang oleh polis selepas mereka cuba bergerak ke Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Sebelum ini, himpunan yang disertai kumpulan daripada Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) berkumpul di hadapan pusat beli belah Sogo, bermula jam 2.15 petang. Menurut laporan BH Online, selepas beberapa individu memberikan ucapan, beberapa wakil dipercayai penganjur…
-
Ahli perniagaan Malaysia bergelar ‘Jho Low 2’ ditahan di Thailand
POLIS menahan seorang ahli perniagaan dari Malaysia kerana didakwa melakukan pengubahan wang haram daripada hasil perjudian secara talian di Thailand semalam. Suspek dikenali sebagai Teow Wooi Huat atau Tedy, ditahan di ibu pejabat empayar Kumpulan MBI di Dan Nok berhampiran pusat pemeriksaan sempadan di daerah Sadao, awal pagi semalam. Menurut laporan Kosmo! ahli perniagaan Malaysia…
-
Banjir Seremban: Bomba pindah lelaki 260 kilogram
BOMBA malam tadi membantu memindahkan seorang lelaki obesiti seberat 260 kilogram (kg) yang terperangkap selepas rumahnya dinaiki air hingga ke paras pinggang di Kampung Singh, Seremban. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seremban, Timbalan Penguasa Bomba Mohammad Idris, berkata pihaknya menerima panggilan mengenai banjir di Jalan Tok Ungku jam 10.22 malam dan mendapat maklumat mengenai…
-
Tular gaduh di kedai makan, lima individu diambil keterangan
POLIS mengambil keterangan lima individu bagi membantu siasatan kes pergaduhan di sebuah kedai makan di Jalan Alor, Bukit Bintang, Kuala Lumpur seperti yang tular di media sosial. Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, sebelum itu pihaknya terkesan satu video pergaduhan yang dimuat naik seorang pemilik Facebook pada 2.30 petang semalam.…
-
[VIDEO] Malaysia bukan lagi destinasi pilihan bagi pekerja asing – Pakar
PAKAR ekonomi memberi amaran bahawa Malaysia kehilangan daya tarikannya sebagai destinasi untuk pekerja asing pada kadar pantas. Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Pendidikan Pasaran (CME) dan ahli senior Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas),Carmelo Ferlito berkata, isu tersebut akan menyebabkan ekonomi Malaysia berisiko ditinggalkan pesaing serantau dalam menarik pelaburan jika tidak ditangani segera. Ketika Malaysia…
-
[VIDEO] ‘Kalau guna minyak masak botol, berapa harga kita nak jual’ – Peniaga kecil
KEBANYAKAN peniaga kecil tidak mempunyai pilihan lain melainkan menggunakan minyak masak subsidi jenis peket 1 kilogram (kg) kerana harga yang lebih murah bagi mereka menjalankan perniagaan. Tinjauan SatuBerita sekitar Bandar Saujana Utama, Sungai Buloh, Selangor mendapati rata-rata peniaga kecil tidak menggunakan minyak botol kerana tidak sesuai dari segi untung rugi perniagaan. Peniaga goreng pisang, Mohamad…
-
Tular lelaki hina agama Islam di sosial media
MASIH belum reda isu seorang wanita dan teman lelakinya didakwa di mahkamah kerana mencetuskan suasana tidak harmoni dalam kalangan penganut agama Islam, timbul satu lagi video menghina Islam yang tular di media sosial, hari ini. Dalam video berdurasi 36 saat itu, seorang lelaki didakwa menghina Allah dan Nabi Muhammad SAW dengan kata-kata cacian. Lelaki berkenaan…