[VIDEO] Malaysia bukan lagi destinasi pilihan bagi pekerja asing – Pakar

0
606

PAKAR ekonomi memberi amaran bahawa Malaysia kehilangan daya tarikannya sebagai destinasi untuk pekerja asing pada kadar pantas.

Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Pendidikan Pasaran (CME) dan ahli senior Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas),
Carmelo Ferlito berkata, isu tersebut akan menyebabkan ekonomi Malaysia berisiko ditinggalkan pesaing serantau dalam menarik pelaburan jika tidak ditangani segera.

Ketika Malaysia sedang mengalami peningkatan ekonomi pada tahun 90-an, negara ini menjadi destinasi pilihan bagi pekerja di negara jiran yang lebih miskin bagi mencari pekerjaan.

Bagaimanapun, keadaan mula berubah selepas krisis kewangan Asia dan situasi bertambah buruk manakala negara serantau kembali pulih dengan lebih cepat.

Pakar ekonomi itu menjelaskan bahawa pembangunan negara menyebabkan beberapa sektor yang bergantung kepada buruh asing seperti industri makanan dan minuman bergelut berikutan penularan wabak Covid-19.

“Apabila negara jiran (Indonesia, Vietnam, Filipina) berkembang — dengan pasaran dalam skala yang berbeza — pekerja mendapat lebih banyak peluang di negara asal berbanding Malaysia, ini sudah berlaku sebelum perintah kawalan,” katanya, lapor TheSun.

“Kedua, dalam tempoh dua tahun lalu, kerajaan Malaysia berusaha menjadikan negara ini kurang menarik bagi warga asing, dengan meletakkan syarat yang lebih sukar untuk mengambil kumpulan itu , walaupun mahir.

“Kita boleh mengupah warga asing (ekspatriat) di Malaysia sekiranya gaji yang ditawarkan melebihi RM15,000 sebulan. Jika tidak, anda perlu melalui proses pemilihan yang membebankan di bawah pemantauan kerajaan, dan hanya jika telah dibuktikan bahawa pekerja tempatan tidak boleh memenuhi jawatan tersebut, maka anda bebas untuk mengupah warga asing,” katanya.

Dalam pada itu, Prof Mohd Nazari Ismail dari Universiti Malaya (UM) berkata, cara terbaik untuk menangani masalah ini adalah dengan membenarkan kemasukan pekerja asing bagi memastikan ekonomi negara terus berkembang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here