Author: Harith Ashyraf Ali
-
Gelombang Nurul Fadzilah Kamaluddin, anak muda progresif!
CALON Perikatan Nasional (PN) bagi Parlimen Setiawangsa, Nurul Fadzilah Kamaluddin percaya mampu memberikan khidmat terbaik sekiranya dipilih di Parlimen tersebut pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15). Menurutnya, pengundi di kawasan itu juga boleh mengharapkan baktinya walaupun beliau merupakan calon yang agak muda berbanding calon parti lain. “Saya juga ingin maklumkan kepada semua bahawa usia muda…
-
2 maut terkena renjatan elektrik di Papar
DUA lelaki dipercayai kontraktor maut akibat terkena renjatan elektrik ketika sedang membaiki lampu jalan dalam kejadian di Apartment Bukit Melinsung, Papar pagi ini. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah ketika dihubungi berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pukul 8.25 pagi sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Papar…
-
Bertanding di tempat sendiri beri kelebihan Rina tawan Sepang
BERTANDING di tempat sendiri selain mendapat sokongan daripada PAS memberikan lebih peluang untuk Datuk Seri Rina Harun menang di Sepang, itu sentimen dalam kalangan pengundi di lapangan. Rina, yang memenangi kerusi Titiwangsa pada pilihan raya umum 2018 (PRU-14), dikatakan melarikan diri dari kawasan itu susulan cakap-cakap yang mengatakan bahawa Johari Abdul Ghani dari Barisan Nasional…
-
Tuan Ibrahim nafi Bersatu dominasi PAS dalam PN
TIMBALAN Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, menafikan dakwaan parti itu didominasi Bersatu dalam gabungan Perikatan Nasional (PN), bahkan menjelaskan situasi mereka lebih kurang sama dengan BN. Tuan Ibrahim menegaskan tidak timbul isu siapa mendominasi siapa dalam PN kerana setiap keputusan yang diambil, ia diputuskan secara bersama. “Tidak, kita ada majlis tertinggi parti…
-
Rayuan 6 individu bunuh Kevin Morais didengar 3 Mac
MAHKAMAH Rayuan menetapkan 3 Mac tahun depan untuk mendengar rayuan enam lelaki yang dihukum mati selepas mereka disabitkan dengan kesalahan membunuh Timbalan Pendakwa Raya, Anthony Kevin Morais, tujuh tahun lepas. Jasmine Cheong, salah seorang peguam yang mewakili bekas pakar patologi, Dr R Kunaseegaran, ketika dihubungi hari ini, mengesahkan bahawa tarikh pendengaran rayuan ditetapkan semasa pengurusan…
-
SPR mesyuarat khas Jumaat ini susulan kematian Karupaiya
SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas pada 18 Nov bagi membincangkan penetapan tarikh penting untuk urusan pilihan raya umum bagi Parlimen Padang Serai, berikutan kematian calon Pakatan Harapan (PH) M Karupaiya, awal hari ini. Setiausaha SPR, Ikmalrudin Ishak, berkata pihaknya mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang Karupaiya dan satu kenyataan media akan dikeluarkan selepas…
-
Letupan paip di Lawas, seorang maut, tiga melecur
LETUPAN paip gas Petronas di jajaran Long Ugui ke Long Sukang, Lawas Sarawak di sini menyebabkan seorang maut, manakala tiga lagi melecur. Mangsa yang maut merupakan pemandu jentera jengkaut warganegara Indonesia manakala tiga yang cedera adalah warga tempatan. Ketua Polis Daerah Lawas, DSP Sila Kadong ketika mengesahkan kejadian berkata, insiden dipercayai berlaku sekitar jam 2.10…
-
Tinjauan badan global dapati Muhyiddin calon PM paling popular
PENGERUSI Perikatan Nasional itu terus mengatasi di kedudukan pertama dalam tinjauan pendapat ketika Datuk Sri Anwar Ibrahim dari Pakatan Harapan berusaha mendapatkan sokongan bagi jawatan nombor satu itu. Firma pendapat awam global YouGov meletakkan pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon perdana menteri paling popular dalam kalangan calon gabungan lain yang bertanding…
-
PRK mungkin diadakan di Parlimen Padang Serai
PILIHAN Raya Kecil bagi kerusi Parlimen Padang Serai mungkin akan dilaksanakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) susulan kematian calon Pakatan Harapan (PH), M. Karupaiya hari ini. Pensyarah Undang-undang dan Polisi Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Profesor Madya Dr. Muhammad Fathi Yusof berkata berkata, PRK tersebut bakal diadakan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) selesai pada 19…
-
Gelombang sokongan rakyat terhadap PN luar biasa
MENJELANG hari pembuangan undi Sabtu ini, suasana kempen Pilihan Raya Umum ke-15 terus masuk ke gear lima dengan masing-masing pimpinan parti berusaha turun ke semua kawasan bagi memastikan mesej mereka sampai ke segenap pelosok negara. Bagi Perikatan Nasional (PN) sendiri, gelombang sokongan itu nampaknya semakin membadai bukan saja di lapangan malah kian rancak di media…