SPR mesyuarat khas Jumaat ini susulan kematian Karupaiya

0
196

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas pada 18 Nov bagi membincangkan penetapan tarikh penting untuk urusan pilihan raya umum bagi Parlimen Padang Serai, berikutan kematian calon Pakatan Harapan (PH) M Karupaiya, awal hari ini.

Setiausaha SPR, Ikmalrudin Ishak, berkata pihaknya mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang Karupaiya dan satu kenyataan media akan dikeluarkan selepas mesyuarat itu.

Menurut Peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya) 1981, Peraturan 11(6), SPR boleh menetapkan tarikh baru yang berasingan sekiranya ada calon yang meninggal dunia.

Timbalan Ketua PKR Pulau Pinang, Bakhtiar Wan Chik memberitahu bahawa Karupaiya meninggal dunia akibat serangan jantung, menurut keluarganya lapor FMT.

Karupaiya yang mempertahankan kerusi itu untuk penggal kedua berdepan saingan enam penjuru apabila dicabar calon Barisan Nasional C Sivarraajh, Azman Nasrudin daripada Perikatan Nasional, Hamzah Abdul Rahman (Pejuang), Bakri Hashim (Warisan) dan calon bebas Sreanandha Rao.

Ahli PKR itu memenangi kerusi Parlimen berkenaan pada pilihan raya umum 2018 selepas menewaskan Leong Yong Kong daripada MCA dan calon PAS Sobri Osman.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here