Author: Harith Ashyraf Ali
-
Polis tahan tiga warga Bangladesh keluarkan permit kerja palsu
POLIS menahan tiga lelaki warganegara Bangladesh di sekitar Shah Alam kerana disyaki mengeluar dan menjual permit kerja palsu kepada rakan senegara sejak Oktober lepas. Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata penahanan dua suspek pertama berumur lingkungan 20 dan 30 tahun dibuat menerusi satu serbuan pada 7.30 malam di Kampung Baru Hicom,…
-
Gelombang PN akan menular ke Padang Serai – Shahidan
AHLI Parlimen Arau Datuk Seri Shahidan Kassim yakin gelombang yang membawa kemenangan besar Perikatan Nasional (PN) di Perlis dalam PRU-15 lalu akan terus menular ke Parlimen Padang Serai. Bekas pemimpin UMNO itu berkata, sebarang usaha yang dilakukan pihak lawan tidak akan mampu menyekat gerakan perubahan yang digerakkan oleh orang Melayu-Islam di negara ini. “Saya melihat…
-
PN harap momentum PRU-15 dorong kemenangan di Padang Serai
KEMPEN pada pilihan raya kecil Padang Serai dilihat berjalan lancar, dengan baki kira-kira seminggu sebelum hari mengundi pada 7 Dis. Pemerhati dan pimpinan politik berkata pilihan raya kali ini dirasakan kurang sengit berbanding biasa. Walaupun bendera parti, poster dan sepanduk boleh dilihat menghiasi kawasan seperti pekan Padang Serai, Lunas, Paya Besar dan Taman Teknologi Tinggi…
-
Lembah Klang, Melaka dilanda banjir kilat
BANJIR kilat melanda beberapa kawasan di Lembah Klang dan Melaka susulan hujan lebat petang tadi. Kawasan terjejas termasuk beberapa bahagian di Kuala Lumpur, Hulu Langat dan Sepang di Selangor, serta Ayer Keroh di Melaka. Menurut warganet, antara kawasan terjejas ialah Taman Desa Karunmas di Bangi dan Eco Majestic di Semenyih. Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan…
-
Pelajar berkelah bersama rakan lemas di air terjun
KEGEMBIRAAN 26 penuntut Politeknik Jeli yang berkelah di air terjun di Lata Goleng dekat Kampung Sungai Rual di sini, berakhir tragedi apabila seorang daripada mereka ditemukan lemas pagi tadi. Mangsa, Wan Mohammad Syahiid Wan Abdul Aziz, 20, ditemukan lemas pada jam 10.40 pagi. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jeli, Mohd Adni Ibrahim berkata, mangsa ditemui…
-
Kompaun lebih RM500,000 kepada pengeluar, pemborong, peruncit ayam
KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengeluarkan kompaun berjumlah RM534,200 terhadap 2,205 pengeluar, pemborong dan peruncit ayam serta telur ayam membabitkan pelbagai kesalahan bagi tempoh 5 Feb hingga semalam. Ketua Setiausaha KPDNHEP Datuk Azman Mohd Yusof berkata, kompaun itu dikeluarkan menerusi 2,205 tindakan penguatkuasaan bagi membanteras pencatutan harga barangan kawalan bersubsidi dalam…
-
Mereka yang sedang berdepan kes mahkamah, elok tidak sertai kabinet – Penganalisis politik
PENGANALISIS politik, Prof. Wong Chin Huat berpendapat Ahli Parlimen yang terlibat dalam kes salah laku tidak boleh menyertai Kabinet jika kerajaan benar-benar serius untuk tidak berkompromi dalam isu integriti. Katanya, jika individu yang berdepan kes mahkamah diturut sertakan dalam pentadbiran, rakyat akan marah dan pembangkang akan menggunakannya sebagai senjata untuk menyerang kerajaan. “Kalau kemudian kes…
-
222 mangsa banjir di Perak masih di PPS
MANGSA banjir di Perak terus mencatatkan tiga angka dengan 222 orang masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) setakat ini. Semua mereka daripada 67 keluarga itu masing-masing ditempatkan di tiga PPS di daerah Manjung, Larut Matang Selama (LMS) dan Hilir Perak yang dibuka sejak 15 November lepas. Jurucakap Jawatankuasa Pengurusan Bencana Perak memaklumkan, PPS Sekolah…
-
‘Nak jumpa kawan pun tak boleh’, Ismail nafi ‘Langkah Tropicana’
NAIB presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menafikan terdapat pertemuan tertutup semalam yang melibatkan pemimpin BN dan PAS di sebuah kelab golf di Petaling Jaya, Selangor. Menjelaskan perkara itu, Ismail Sabri menyifatkan segala tindakannya kini disalah tafsir, sehingga dia dianggap pengkhianat jika bertemu dengan rakan dari PAS sementara pihak yang bertemu dengan pimpinan dari…
-
Jangan keluar kenyataan ganggu pentadbiran Johor, pesan MB
MENTERI Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi meminta semua pihak agar tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh mengganggu gugat pentadbiran negeri itu. Menerusi hantaran di Facebook, Onn Hafiz berkata, Johor masih lagi sebuah kerajaan yang stabil, di bawah naungan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar. “Insya-Allah. Negeri Johor masih lagi sebuah kerajaan yang stabil di bawah…