Lembah Klang, Melaka dilanda banjir kilat

0
260

BANJIR kilat melanda beberapa kawasan di Lembah Klang dan Melaka susulan hujan lebat petang tadi.

Kawasan terjejas termasuk beberapa bahagian di Kuala Lumpur, Hulu Langat dan Sepang di Selangor, serta Ayer Keroh di Melaka.

Menurut warganet, antara kawasan terjejas ialah Taman Desa Karunmas di Bangi dan Eco Majestic di Semenyih.

Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan berkata, pasukannya dimaklumkan beberapa kawasan di Parlimen itu dilanda banjir dan mereka sedang berusaha membantu mangsa.

“Pada masa sama, saya mohon semua jaga diri dan keluarga,” katanya menerusi Twitter lapor FMT.

Pengguna Twitter @hurricanesshh yang meminta bantuan Syahredzan berkata, kawasan perumahannya tidak pernah dinaiki air sepanjang 10 tahun beliau tinggal di sana.

Di KL, banyak kereta bergerak perlahan meredah banjir di beberapa jalan, termasuk Jalan Damansara, Jalan Parlimen, bulatan Sultan Iskandar dan Jalan Kuching.

Sementara itu, ADUN Ayer Keroh, Kerk Chee Yee berkata, beberapa kawasan di bandar Melaka dilanda banjir kilat akibat hujan lebat, termasuk Peringgit Jaya, Kampung Tun Razak dan Bukit Kati.

Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya, Adam Adli berkata, beliau dan Kerk membantu mangsa dengan mengagihkan bungkusan makanan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here