Author: Harith Ashyraf Ali
-
161,063 layak mengundi di Padang Serai dan Tioman, esok
SERAMAI 132,955 orang bakal mengundi di Parlimen Padang Serai dan 28,108 pengundi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman, esok. Sebanyak 46 pusat mengundi, dengan 230 tempat mengundi akan dibuka untuk tujuan pengundian Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) Padang Serai, yang membabitkan 2,468 petugas. Bagi pengundian DUN Tioman pula, sebanyak 17 pusat mengundi, dengan 52 tempat…
-
Aktivis hak asasi selar Kabinet Anwar, tempat keluar masuk ahli politik
BEKAS ahli Parlimen Petaling Jaya Kua Kia Soong berkata kabinet baru memberi ‘kejutan yang biadab’ terhadap aktivis masyarakat sivil. Aktivis hak asasi veteran dan bekas ahli Parlimen Kua Kia Soong menjadi tokoh terbaru menyuarakan kritikan terbuka terhadap Kabinet Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, mempersoalkan gerakan reformasi yang sudah lama diperjuangkan presiden PKR itu di…
-
‘Saya tidak takut untuk disiasat’ Muhyiddin
AHLI Parlimen Hulu Langat daripada parti Pakatan Harapan (PH) telah membuat laporan polis terhadap saya kononnya saya telah menyeleweng dana kerajaan berjumlah RM600 bilion. Ahli Parlimen Lembah Pantai yang baharu dilantik sebagai Menteri Komunikasi Digital juga membuat tuduhan yang sama terhadap saya. Sebelum itu, beliau membuat kenyataan bahawa Perdana Menteri telah mengarahkan polis supaya menyiasat…
-
Pekebun ditahan miliki senapang angin buatan sendiri
SEORANG pekebun berusia 53 tahun ditahan dan selaras senapang angin dirampas selepas polis melakukan serbuan di sebuah bengkel membaiki kenderaan di Sri Medan di sini pada Ahad. Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat melakukan serbuan di bengkel berkenaan pada jam 1.15…
-
6 remaja bawah umur antara 9 lelaki direman berkait kes rogol
ENAM remaja bawah umur antara sembilan lelaki yang ditahan reman bagi membantu siasatan kes rogol membabitkan seorang remaja perempuan di Jalan PCB, di sini minggu lalu. Mereka berusia antara 13 hingga 21 tahun direman antara lima hingga tujuh hari atas perintah dikeluarkan Majistret Izdham Naim Che Ani untuk siasatan mengikut Seksyen 375(B) Kanun Keseksaan. Enam…
-
Shah Rukh Khan tunai umrah
SUPERSTAR Bollywod, Datuk Shah Rukh Khan dilaporkan berada di Tanah Suci Mekah menunaikan ibadah umrah. Laporan media antarabangsa menyebut, pelakon kegemaran ramai itu mengambil kesempatan menunaikan umrah selepas selesai menjalani penggambaran filem terbaharu, Dunki di Arab Saudi. Wartawan Arab Saudi, Saud Hafiz dalam perkongsian di akaun Twitternya berkongsi dua keping foto Shah Rukh Khan di…
-
UMNO sudah dikuasai DAP, dakwa PAS
DAP didakwa telah benar-benar menguasai UMNO selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). Menerusi satu kenyataan Pas mendakwa, UMNO bagaimanapun dilihat cuba menyembunyikan pengaruh DAP itu dengan menjulang tinggi Perdana Menteri ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dakwa Pas lagi, UMNO yang mempunyai pilihan untuk bersama rakan Muafakat Nasional, Pas ternyata tewas dengan ‘ketakutan’ kes-kes mahkamah pimpinan…
-
7 lelaki bertopeng, berparang larikan hasil samun bernilai RM80,000
TUJUH lelaki bertopeng dan bersenjatkan parang melarikan wang tunai serta barang kemas bernilai kira-kira RM80,000 pada kejadian samun di sebuah rumah di Sidam Kiri dekat sini, jam 3 pagi semalam. Ketika kejadian, penghuni rumah yang juga wanita warga emas berusia 67 tahun bersama anak lelaki, menantu dan lima cucu sedang tidur serta berehat sebelum dikejutkan…
-
Bekas MB Perlis, Hamid Pawanteh meninggal
BEKAS Menteri Besar Perlis yang keempat, Tan Sri Dr Abdul Hamid Pawanteh, 78, meninggal dunia petang tadi. Berita pemergian Allahyarham dikongsi anaknya Natasya Pawanteh menerusi hantaran di Facebook yang menyatakan bahawa bapanya meninggal dunia sekitar jam 3.15 petang lapor Bh Online. Berita pemergian Allahyarham turut disahkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Perlis yang…
-
Serangan buaya: Kanak-kanak Palauh dibaham, bapa cedera
SEORANG kanak-kanak lelaki berusia setahun dibaham buaya ketika mendayung sampan bersama bapanya di perairan Pangkalan Marin, di sini, pagi tadi. Dalam kejadian sekitar jam 10.05 pagi itu bapa mangsa turut cedera di beberapa bahagian badan Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu, Sumsoa Rashid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam…