Pekebun ditahan miliki senapang angin buatan sendiri

0
177

SEORANG pekebun berusia 53 tahun ditahan dan selaras senapang angin dirampas selepas polis melakukan serbuan di sebuah bengkel membaiki kenderaan di Sri Medan di sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat melakukan serbuan di bengkel berkenaan pada jam 1.15 tengah hari.

“Hasil serbuan tersebut pihak polis merampas senapang angin serta peluru yang berada dalam sebuah kereta di bengkel berkenaan. Senapang angin tersebut dipercayai dibuat sendiri oleh suspek.

“Suspek mempunyai rekod lampau atas pelbagai kesalahan termasuk dadah dan jenayah,” katanya dalam kenyataan pada Isnin lapor Kosmo Online.

Beliau berkata, ujian saringan awal air kencing suspek didapati positif dadah.

Menurutnya, suspek akan di bawa ke Mahkamah Majistret untuk mendapatkan perintah tahanan reman bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan lanjut.

Tambah Ismail, kes disiasat di bawah Seksyen 36 Akta Senjata 1960, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara satu tahun atau denda tidak melebihi RM5,000 atau kedua-duanya sekali.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here