Serangan buaya: Kanak-kanak Palauh dibaham, bapa cedera

0
249

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia setahun dibaham buaya ketika mendayung sampan bersama bapanya di perairan Pangkalan Marin, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian sekitar jam 10.05 pagi itu bapa mangsa turut cedera di beberapa bahagian badan

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu, Sumsoa Rashid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 10.25 pagi.

Katanya, sepasukan anggota dan pegawai bomba digerakkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat.

“Operasi turut dibantu anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pasukan Polis Marin (PPM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Terdapat dua mangsa yang terlibat iaitu seorang lelaki Palauh dan kanak-kanak lelaki dipercayai diserang buaya ketika mendayung sampan di lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini lapor Awani.

Menurutnya, lelaki terbabit berjaya diselamatkan oleh orang awam dan mengalami kecederaan di bahagian kepala dan badan, manakala anaknya pula masih hilang dipercayai dibaham buaya.

“Mangsa yang cedera kemudian dihantar ke Hospital Lahad Datu menaiki ambulan untuk menerima rawatan susulan.

“Pasukan bomba masih menjalankan operasi mencari dan menyelamat bersama agensi lain di sekitar perairan lokasi kejadian,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here