Perpaduan kaum kunci utama keharmonian, kesejahteraan rakyat dan negara – Agong

0
197

PERPADUAN berbilang kaum ialah kunci utama kepada keharmonian dan kesejahteraan rakyat dan negara, titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Sebahagian daripada kontinjen yang berarak pada acara perbarisan dan perarakan sempena sambutan Hari Kebangsaan Ke-66 bertemakan ‘Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan’ di Dataran Putrajaya hari ini. GAMBAR: Jabatan Penerangan

Menerusi hantaran melalui Facebook Istana Negara hari ini, Seri Paduka bertitah ia bersesuaian dengan tema sambutan Hari Kebangsaan tahun ini iaitu “Malaysia Madani: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan”.

“Malah, keutuhan perpaduan ini adalah juga kunci utama kepada kestabilan dan kemakmuran negara serta benih dan sumber kekuatan bagi kita menghadapi apa jua cabaran semasa dan mendatang,” titah Al-Sultan Abdullah, lapor Sinar Harian.

Sebahagian daripada kontinjen yang berarak pada acara perbarisan dan perarakan sempena sambutan Hari Kebangsaan Ke-66 bertemakan ‘Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan’ di Dataran Putrajaya hari ini. GAMBAR: Jabatan Penerangan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here