PRK Pulai: Lebih 1,000 hadir beri sokongan calon PN

0
139

ABU UBAIDILLAH RAHMAN

LEBIH 1,000 penyokong Perikatan Nasional (PN) mengiringi calon mereka, Zulkifli Jaafar hadir ke pusat penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Johor Bahru pagi ini.

Perarakan diketuai Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Turut mengiringi Zulkifli ialah Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, Naib Presiden Bersatu, Datuk Ronald Kiandee dan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Datuk Dr Radzi Md. Jidin.

Zulkifli yang merupakan Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Pulai menjadi calon untuk kerusi Parlimen Pulai menentang calon Pakatan Harapan (PH), Suhaizan Kaiat dan calon Bebas, Samsudin Mohamad Fauzi.

Kerusi Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram kosong susulan kematian penyandangnya, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub pada 23 Julai lepas.

SPR menetapkan tarikh penamaan calon kedua-dua PRK pada 26 Ogos, pengundian awal 5 Sept dan hari pengundian pada 9 September.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here