Wanita mengandung enam bulan maut langgar anjing

0
151

SEORANG wanita mengandung enam bulan maut selepas motosikal ditunggangnya melanggar seekor anjing di Jalan Keru- Batu Belang, di Tampin hari ini

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintenden Anuwal Ab Wahab berkata, mangsa yang berusia 35 tahun itu disahkan meninggal dunia pukul 2.10 pagi ketika menerima rawatan di Hospital Tampin.

“Kejadian pada pukul 12.05 tengah malam itu berlaku ketika mangsa menunggang motosikal jenis Modenas Dinamik seorang diri.

“Siasatan awal mendapati mangsa dalam perjalanan dari kedai makan di Jalan Tampin – Gemas ke rumahnya di Kampung Keru Hulu,Tampin.

“Namun sebaik sampai di lokasi, mangsa telah melanggar seekor anjing menyebabkannya hilang kawalan dan terbabas ke bahu jalan lalu terjatuh,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, akibat kemalangan itu, mangsa cedera parah dan dihantar ke Hospital Tampin untuk rawatan lanjut, namun disahkan meninggal dunia selepas dua jam kejadian.

Sehubungan itu, katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian diminta tampil bagi membantu siasatan.

Boleh tampil ke Balai Polis Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Tampin atau menghubungi Balai Polis Trafik IPD Tampin di talian 06-4412502 atau Bilik Gerakan IPD Tampin di talian 06 – 4431999 bagi membantu siasatan, katanya.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan masih diteruskan,” ujar beliau, lapor Sinar Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here