Sosma tidak akan dimansuhkan-Ramkarpal

0
174

KERAJAAN campuran yang diterajui Pakatan Harapan (PH) tidak bercadang untuk memansuhkan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 atau Sosma, meskipun sebelum ini mereka menggesa agar undang-undang itu dimansuhkan.

Sebaliknya, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Ramkarpal Singh berkata kementeriannya sedang meneliti “penambahbaikan”.

“Pemansuhan tiada dalam perancangan tetapi kami sedang meneliti penambahbaikan,” katanya kepada pemberita hari ini lapor Malaysianow.

Pemimpin DAP itu adalah antara ahli politik PH paling lantang menggesa supaya akta itu dimansuhkan, yang antara lain digunakan terhadap sekumpulan ahli parti yang dituduh mempunyai kaitan dengan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) di Sri Lanka. 

Susulan penahanan pada 2019, Ramkarpal menggesa kerajaan PH yang ketika itu dipimpin Dr Mahathir Mohamad supaya mengotakan janjinya untuk memansuhkan akta tersebut.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution sebelum ini berkata Sosma tidak akan diteliti semula, membandingkan peruntukannya dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri yang dimansuhkan oleh kerajaan Barisan Nasional sebelum ini. 

Syor Ramkarpal hari ini mengenai penambahbaikan itu akan dibentangkan kepada Kementerian Dalam Negeri, sambil menambah tiada tempoh ditetapkan. 

Beliau berkata terdapat dua cadangan utama ketika ini, salah satunya adalah untuk membenarkan ikat jamin kepada tahanan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here