Amirudin angkat sumpah pagi ini, dilantik MB Selangor penggal kedua

0
242

AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tua, Datuk Seri Amirudin Shari mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor di Istana Alam Shah, Klang, pagi ini.

Sebelum itu, kehadiran Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari di Istana Alam Shah, pagi ini, menamatkan teka teki sama ada beliau kekal menjadi Menteri Besar Selangor bagi penggal baharu.

Amirudin yang berbaju Melayu hitam lengkap bertanjak tiba di Balai Rong Seri Istana Alam Shah bersama isteri, Datin Seri Masdiana Muhamad.

Istiadat Angkat Sumpah Jawatan dan Ikrar Aku Janji serta pengurniaan Surat Cara Lantikan diadakan di hadapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada pagi ini, lapor BH Online.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here