Sanusi mampu bawa Kedah ke tahap lebih tinggi – Muhyiddin

0
126

PELANTIKAN semula Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor sebagai Menteri Besar Kedah mampu memacu usaha membangunkan negeri tersebut dalam semua aspek ke tahap lebih tinggi.

Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Sanusi yang juga Ketua Pengarah Pilihan Raya PN itu mempunyai daya kepimpinan, visi serta pengalaman yang boleh disandarkan memikul amanah menerajui Kerajaan Negeri Kedah.

‘Setinggi-tinggi tahniah saya ucapkan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor atas pelantikan sebagai Menteri Besar Kedah oleh Sultan Kedah, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah hari ini.

“Saya yakin pelantikan semula beliau selaku Menteri Besar mampu memacu usaha membangunkan negeri Kedah dalam semua aspek ke tahap lebih tinggi.

“Saya berharap kompetensi dan prestasi cemerlang beliau sepanjang tiga tahun mentadbir Kedah akan berterusan demi kesejahteraan rakyat.

“Tahniah dan selamat berkhidmat YAB Datuk Seri Menteri Besar Kedah,” katanya dalam hantaran terbaharu di Facebooknya pada Isnin.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here