Zahid perlu bertanggungjawab gagal kemudi UMNO – Hassan Karim

0
182

DATUK SERI Anwar Ibrahim tidak wajar dipersalahkan selepas kerusi majoriti Melayu ditandingi gabungan Pakatan Harapan dan Barisan Nasional berpindah kepada Perikatan Nasional.

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim, berkata individu yang jelas perlu bertanggungjawab terhadap prestasi itu adalah Datuk Seri Dr.Ahmad Zahid Hamidi apabila Presiden UMNO itu  gagal mengemudi parti Melayu tersebut sehingga kalah 89 daripada 108 kerusi ditandinginya.

“Anwar adalah panglima perang dalam PRN ini,” katanya menyifatkan kejayaan Pengerusi PH memimpin calon kerajaan perpaduan mempertahankan tiga negeri ditadbirnya sebelum ini di medan PRN semalam sebagai “penting untuk diiktiraf”. Yang jelas tewas dan perlu bertanggungjawab atas kekalahan UMNO di 89 kerusi ditandinginya dengan logo BN ialah presiden UMNO,” katanya kepada FMT dari Makkah.

Semalam, Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Anwar dan Zahid perlu meletak jawatan sebagai Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri susulan referendum rakyat hasil keputusan PRN enam negeri, apabila PN menang 146 atau 60% kerusi daripada 245 keseluruhan DUN ditandinginya.

Hassan berkata, keputusan kurang memberangsangkan rakan sekutu PH itu perlu diteliti dengan cermat oleh Perdana Menteri sebelum melangkah ke “medan perang” lebih besar iaitu PRU16.

“UMNO-BN memang jelas tewas. Anwar perlu membuat persiapan menjelang PRU akan datang untuk mendapatkan semula sokongan orang Melayu yang jelas banyak berpindah kepada PN.

“(Kerjasama dengan UMNO) perlu diteliti dengan cermat, tetapi bukan sangat dengan UMNO sebaliknya (kerjasama) dengan Presiden UMNO (Zahid) secara peribadi.”

Terdahulu, beberapa penganalisis berpandangan UMNO perlu menukar kepimpinan di peringkat atasan dengan Zahid berundur sebagai tonggak parti itu sehingga timbalan perdana menteri dibebaskan daripada pertuduhan rasuah di mahkamah.

Ahmad Fauzi Hamid dari Universiti Sains Malaysia berkata, kerajaan perpaduan berisiko kehilangan lebih banyak sokongan politik dan gagal meraih undi Melayu yang amat diperlukan kerajaan Anwar jika kepimpinan UMNO tidak berubah.

Azmi Hassan dari Akademi Nusantara pula berkata, prestasi buruk UMNO menunjukkan masalah besar, dan lebih ramai pengundi Melayu beralih taat setia daripada parti itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here