PN menang di DUN Ijok

0
110

PEMPENGARUH TikTok, Jefri Mejan, memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor, malam ini.

Beliau yang bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN), menang dengan majoriti 907 undi, selepas meraih 12,178 undi, mengalahkan lawannya yang juga calon Pakatan Harapan (PH), Amidi Abdul Manan (11,271 undi) dan calon BEBAS, CK Tan (194 undi).

Pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12), kerusi itu dimenangi bekas Menteri Besar Selangor, Allahyarham Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang memperoleh undi 7,196 undi.

Selepas itu, pada PRU13 dan PRU14 pula kerusi itu dimenangi Dr Idris Ahmad dari PH.

Bagaimanapun, pada PRN ini, Dr Idris tidak dicalonkan.

Untuk rekod, DUN Ijok mempunyai seramai 30,662 pengundi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here