Anggota polis disyaki jadi tokan dadah

0
184

Oleh RIZQI ZABIDI

SEORANG anggota polis ditahan kerana disyaki menjadi tokan dadah dalam serbuan dilakukan di Taman Sejati Indah, dekat Sungai Petani, Kedah, Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, suspek yang berusia 32 tahun ditahan kira-kira pukul 12.05 tengah hari oleh sepasukan pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkoti (JSJN), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah.

Dalam serbuan dijalankan itu katanya, polis turut menemukan lima bungkusan plastik mengandungi bahan disyaki dadah jenis syabu dianggarkan bernilai kira-kira RM168,000.

“Suspek tidak memiliki sebarang rekod lampau dan ujian saringan awal urin mendapati dia negatif dadah.

“Kesemua bungkusan dadah itu dianggarkan seberat 5.2 kilogram (Kg),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, suspek yang sudah berkahwin direman tujuh hari bermula semalam.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952. Kesemua dadah itu jika terlepas ke pasaran dianggarkan boleh digunakan oleh 26,450 penagih,” katanya. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here