Undi dengan bijak, undi Perikatan Nasional

0
165

PENGERUSI Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyeru pengundi di enam negeri supaya mengundi dengan bijak dan penuh keyakinan bahawa wakil yang dipilih mampu membawa suara dan aspirasi mereka di masa depan.

“Jangan tunggu lagi. Jangan berleka dan jangan ambil mudah. Jangan biarkan masa depan anda tergadai dengan mengundi parti yang tidak peka kesusahan rakyat dan tidak bijak untuk mengurus dan mentadbir negara.

“Buktikan dengan jelas siapa pilihan anda. Jangan keliru. Jangan ragu dan jangan biar undi anda diperlekehkan,” katanya dalam amanat kepada pengundi di enam negeri yang akan membuang undi sempena Pilihan Raya Negeri pada Sabtu ini.

Muhyiddin berkata, ada yang mengatakan PRN kali ini tidak penting, lebih-lebih lagi negara baru saja melalui Pilihan Raya Umum lapan bulan lalu.

“Saya ingin ingatkan PRU dan PRN dua tanggungjawab berbeza. Tambahan lagi keputusan PRU lepas mengingatkan kita untuk tidak leka kerana jika kita tidak berusaha sedaya upaya memberikan kemenangan mutlak kepada parti sokongan kita, maka masa hadapan kita akan ditentukan dan dicorak oleh mereka yang tidak peka kepada permasalahan segenap lapisan masyarakat.

“Jadi untuk memastikan bahawa anda dapat menentukan masa hadapan yang selari dengan aspirasi anda semua saya menyeru semua pengundi di enam negeri untuk keluar mengundi beramai-ramai pada hari Sabtu 12 Ogos ini,” ujarnya.

Muhyiddin turut mengajak pengundi yang tinggal di luar negeri mengundi supaya pulang beramai-ramai tunaikan tanggungjawab di negeri masing-masing.

“Mari kita tunjukkan gelombang kuasa rakyat untuk menentukan masa hadapan yang lebih baik untuk kita bersama.

“Ajak dan bawa ibu bapa, pak cik, mak cik, anak, sepupu, jiran sebelah kanan, kiri, depan, belakang untuk undi dan menangkan semua calon Perikatan Nasional di kawasan anda.

“Kepada pengundi luar yang pulang ke negeri masing-masing, semoga perjalanan anda selamat dan dilindungi.

“Undi dengan yakin dan undi dengan berani. Undilah Perikatan Nasional,” ujarnya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here