Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Itu fitnah, jawab Amar berhubung dakwaan jadi punca Nik Abduh tak tercalon -

Itu fitnah, jawab Amar berhubung dakwaan jadi punca Nik Abduh tak tercalon

NAIB Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menafikan tuduhan mengatakan beliau menjadi punca Nik Abduh Nik Abdul Aziz tidak menjadi calon kerusi DUN Chempaka pada PRN.

Amar menegaskan nama bekas Ahli Parlimen Bachok itu tidak tersenarai sejak awal lagi, sambil berkata Nik Din Nik Mat yang membuat dakwaan berkenaan tidak terbabit dalam mesyuarat selain tiada jawatan parti.

“Saya tidak tahu dari mana sumber beliau mendapat maklumat sedemikian termasuk menyentuh surat daripada Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang,” katanya pada sidang media di Kelantan malam tadi menurut Berita Harian.

Amar yang juga calon DUN Panchor berkata isu berkenaan sepatutnya sudah jelas selepas Nik Abduh dan Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menjawab perkara itu.

“Tuan Ibrahim sebelum ini sudah jawab Nik Abduh tidak mahu bertanding dan Nik Abduh sendiri juga mengatakan tidak berhasrat dan tiada masalah tidak bertanding kerana mahu menguruskan sekolah agama.

“Jadi, kenapa orang lain yang perlu membuat tuduhan. Bagi saya perkara itu tidak betul,” katanya.

Semalam, Nik Din iaitu adik bekas menteri besar Kelantan Nik Aziz dilaporkan berkata nama Nik Abduh itu pada awalnya disenaraikan sebagai calon.

Dakwanya Hadi sendiri turut menghantar surat meminta nama anak saudaranya itu dipilih namun akhirnya digugurkan selepas ditolak Amar.