PRN: Yakin Pas sapu bersih 45 kerusi DUN di Kelantan

0
161

TIMBALAN Pesuruhjaya Pas Kelantan, Datuk Mohd. Amar Abdullah yakin parti itu mampu menyapu bersih semua 45 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos ini.

Timbalan Menteri Besar Kelantan itu berkata, keyakinan tersebut berdasarkan kepada keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu.

“Bagaimanapun, suka saya ingatkan kita tidak boleh terlalu yakin. Sebaliknya perlu bekerja keras bagi memastikan kemenangan berpihak kepada Pas pada PRN nanti,” katanya, lapor Sinar Harian.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Pengisytiharan Calon PRU DUN ke-15 Perikatan Nasional (PN) Kelantan di Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Bharu malam ini.

Katanya yang juga Naib Presiden Pas berkata, parti itu yakin mampu mempertahankan pentadbiran di Terengganu dan Kedah.

Ujarnya, selain itu beliau optimis Perikatan Nasional (PN) mempunyai peluang cerah untuk merampas Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.

Mohd Amar (kiri) pada Majlis Pengisytiharan Calon PRU DUN ke-15 Perikatan Nasional (PN) Kelantan di Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, malam ini. Foto Sinar Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here