PRN Kedah: Sanusi pertahan DUN Jeneri, Badrol Bakhtiar di DUN Gurun

0
279

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Sanusi Md Nor akan terus mempertahankan kerusinya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeneri pada Pilihan Raya Negeri ke-15 (PRN15).

Sanusi yang juga merupakan Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) itu bakal berdepan dengan pencabar utamanya daripada Barisan Nasional iaitu Ketua UMNO Bahagian Sik, Datuk Muhamad Khizri Abu Kassim 12 Ogos ini.

Pengumuman itu dibuat pada Majlis Pengumuman calon PN Kedah di Kompleks Pas Kedah pada Rabu.

PN juga sebelum ini telah sebulat suara menamakan Sanusi sebagai calon Menteri Besar Kedah sekiranya parti itu berjaya mengekalkan kuasanya di Kedah.

Dalam Pilihan Raya Umum ke-14 , Muhammad Sanusi menang kerusi DUN Jeneri dengan jumlah majoriti sebanyak 2,455 undi.

Berikut senarai calon PN untuk PRN Kedah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here