Jangan pandang mudah ‘faktor Sanusi’, kata pemimpin DAP

0
138

SEORANG pemimpin kanan DAP berkata, Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) tidak boleh memandang mudah Datuk Seri Sanusi Md Nor kerana beliau mampu menarik undi daripada kerajaan perpaduan pada PRN bulan depan.

Pemimpin DAP enggan dinamakan itu berkata, insiden baru-baru ini menjadikan “Sanusi hero berbanding orang jahat”.

Katanya, penahanan Sanusi pada 3 pagi, beberapa jam sebelum beliau dijadualkan muncul di mahkamah bagi menghadapi tuduhan hasutan terhadap raja, mungkin tidak baik buat kerajaan perpaduan.

“Sanusi sudah dikritik atas kenyataannya, tetapi penahanannya pada awal pagi menjadikannya hero bagi sesetengah orang.”

Polis berkata, menteri besar Kedah itu ditahan pada 3 pagi kerana mereka mahu memastikan beliau muncul di mahkamah pada hari sama.

Ketua Polis Negara, Razarudin Husain, dilaporkan berkata Sanusi dan setiausahanya “menolak semua panggilan telefon” daripada polis, tetapi pemimpin PAS itu menafikan dakwaan berkenaan.

Sementara itu, sumber berkata, kerajaan perpaduan memerlukan peratusan keluar mengundi sekurang-kurangnya 75% untuk berpeluang menawan negeri dikuasai pembangkang.

“Cabaran PH-BN ialah memastikan pengundi bukan Melayu keluar mengundi. Jika mereka tidak dapat berbuat demikian, Selangor pun mungkin jatuh ke tangan Perikatan Nasional.

“Kita akan hilang banyak kerusi dengan Sanusi memainkan ‘kad mangsa’. Beliau mendapat banyak sokongan orang Melayu bagi PN.”

Dengan PN menjadi pilihan untuk mempertahankan Kedah, katanya, PH patut fokus kepada Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan.

“Saya berada di lapangan di Kedah. Ramai pengundi kata mereka tiada sebab mengundi Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kerajaan perpaduan,” lapor FMT.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here