Pejabat MB Kelantan buat laporan polis dakwaan salah guna peruntukan projek khas

0
160

PEJABAT Menteri Besar Kelantan hari ini memandang serius tindakan Pemuda Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) membuat laposan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap dakwaan menyalahguna  peruntukan projek khas RM30 juta.

Dalam kenyataan hari ini, Pejabat itu memaklumkan setiap peruntukan dalam Belanjawan 2023 diluluskan dengan penuh teratur, telus dan berintegriti.

Berikutan kenyataan penuh tersebut;

Pejabat Menteri Besar Kelantan mengambil serius berkaitan laporan media mengenai Pemuda Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) pada 16 Julai 2023 yang telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap dakwaan menyalahguna peruntukan projek-projek khas RM 30 juta bagi tujuan Pilihan Raya Dewan Negeri Kelantan.

Sebagai rekod, Belanjawan Kelantan 2023 telah dibentang, dibahas dan diluluskan dengan sokongan semua Ahli Dewan Negeri Kelantan dalam Persidangan Kali Ke-3 (Belanjawan) Bagi Tempoh Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri Yang Ke-14 pada 27 November 2022. Justeru, setiap peruntukan dalam Belanjawan 2023 diluluskan dengan penuh teratur, telus dan berintegriti.

Berkaitan Projek-Projek Khas sebanyak RM30 Juta adalah bagi peruntukan Jaminan Bekalan Makanan sebanyak RM 10 Juta. RM 8 juta bagi projek-projek kecil, RM 5 Juta bagi Projek Menangani Banjir Kilat, RM 3 juta bagi peruntukan Pinjaman Mikro Kredit dan RM 4 juta bagi Projek Air Komuniti dibawah Bekalan Sumber Air dan Bekalan Air Alternatif.

Dengan penjelasan ini, satu laporan polis akan dibuat terhadap individu terbabit untuk pihak berkuasa menjalankan siasatan lanjut. Orang ramai dinasihatkan tidak terpengaruh dengan tohmahan dan fitnah tersebut yang bermotif bagi memburukkan imej YAB Menteri Besar Pejabat MB Kelantan buat laporan polis dakwaan salah guna peruntukan projek khas(Datuk Ahmad Yaakob) dan Kerajaan Negeri menjelang Pilihan Raya Dewan Negeri Kelantan Ke-15.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here