Cabaran getir bina semula negara akibat dipimpin ‘kakistokrasi’ – Muhyiddi

0
174

MALAYSIA berada dalam tempoh getir bagi pembinaan semula negara kerana keadaan politik yang masih tidak menentu dan kepemimpinan kakistokrasi (tidak sesuai dan tidak cekap).

Ketika menegaskan perkara itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, akibatnya ia memberikan kesan negatif kepada aspek sosial dan ekonomi negara.

Beliau yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) berkata ketika ini kepimpinan negara tidak mempunyai hala tuju jelas, tidak dapat memberikan penyelesaian terhadap masalah yang dideritai rakyat.

Malah, katanya saban hari kelihatan semakin bercanggah di antara sesama mereka.

“Hal ini berlaku kerana tiada agenda ekonomi dan pembangunan negara yang jelas dan meyakinkan untuk meredakan kebimbangan kita semua,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika  berucap di Konvensyen Profesional Malaysia 2.0 di Shah Alam, hari ini.

Konvensyen itu dianjurkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dikenali sebagai Jabatan Profesional Muda (JPro).

Muhyddin berkata, akibatnya rakyat kini mengeluh kos sara hidup yang semakin tinggi, ramai peniaga yang terpaksa gulung tikar, ramai golongan pekerja kelas menengah yang menanggung kos kewangan yang tinggi susulan kenaikan lima kali Kadar Dasar Semalaman (OPR) sejak tahun 2022.

Sehubungan itu, beliau menggariskan lima cabaran utama yang perlu diberi tumpuan iaitu ketidaktentuan ekonomi, transformasi digital, keseimbangan keja-kehidupan dań kesihatan mental, peluang pekerjaan terhada dan rakyat menghadapi kekangan dan cabaran kewangan akibat kenaikan kos sara hidup dan kadar upah yang rendah. 

‘’Melihat kepada lima cabaran utama yang sedang kita hadapi ini, golongan profesional perlu mengambil peranan proaktif untuk membantu rakyat mendepani situasi yang saya sebutkan. Saya sering tekankan bahawa dalam aspek ekonomi, kita perlu berusaha supaya pencapaian kita menjadi lebih baik daripada sebelum pandemik,’’ katanya.

Pada masa sama, kata beliau golongan profesional  perlu sentiasa menerapkan etika dan nilai profesionalisme dalam segala urusan kerja secara rutin, termasuk nilai prihatin dan empati, bersih dan berintegriti, berdaya tahan (resilience) serta kebolehsuaian (adaptability)

‘’Justeru, saya ingin mengajak para anak muda untuk menyahut cabaran untuk menerapkan nilai-nilai taqwa dan amanah, kebersamaan, keprihatinan dan integriti dalam diri, keluarga dan organisasi masing-masing,’’ kqtqnyq.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here