Wisma Putra giat kesan 12 rakyat Malaysia ‘hilang’ di utara India

0
175

KEMENTERIAN Luar (Wisma Putra) giat menyelaras usaha mengesan sekumpulan 12 rakyat Malaysia yang tidak dapat dihubungi keluarga masing-masing selepas fenomena hujan lebat melanda wilayah utara India Ahad lalu.

Wisma Putra dalam kenyataan berkata, usaha mengesan dilaksanakan melalui Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi dengan kerjasama pihak berkuasa India.

Menurutnya, suruhanjaya tinggi dimaklumkan kumpulan itu sedang menyertai ekspedisi pengembaraan di Hampta Pass, Himachal Pradesh.

“Sebarang perkembangan terkini mengenai status rakyat Malaysia terkesan dalam kejadian ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya.

Dalam pada itu, Suruhanjaya Tinggi Malaysia di India akan terus memantau perkembangan di Himachal Pradesh dan menasihatkan rakyat Malaysia memerlukan bantuan konsular untuk menghubungi talian +91 85955 50594 atau e-mel ke [email protected].

Wisma Putra juga menasihatkan rakyat Malaysia lebih berhati-hati serta sentiasa mengikuti perkembangan cuaca di setiap lokasi dikunjungi.

Menurut laporan media tempatan, sekurang-kurangnya 31 maut di negeri Himachal Pradesh akibat fenomena hujan lebat, manakala ratusan pelancong terkandas di daerah Lahaul-Spiti dan Mandi. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here